in

“Lepas satu satu jadi…” – Lepas Gempa Di Lombok, Ombak Raksasa ‘Menyerang’ Nusa Lembongan Di Bali.

Feat 27

Mungkin benarlah yang bumi ini sudah penat dan tua apabila bencana semakin kerap menimpa di sana dan sini. Tapi kita juga tidak boleh menafikan kejadian tuhan ini sebagai memberi pengajaran dan peringatan kepada hamba-hambaNya.

Terbaru viral di media sosial video ombak raksasa yang menyerang Kepulauan Bali, Indonesia sehingga menyebabkan keadaan kelam kabut di pusat peranginan tersebut..Allahu!

Video yang bakal anda saksikan dibawah ini memaparkan bagaimana seorang wanita yang sedang bergambar di pesisir pantai Nusa Lembongan Bali, sebelum ‘diserang’ ombak raksasa.

“Bergambar ala titanic, sekali dihempas ombak besar”

Posted by Lipan Bara on Sunday, March 17, 2019

Siapa yang tak takut bila tengok betapa ganasnya ombak tersebut menghempas dinding batuan lokasi dimana wanita yang memakai dress itu bergambar.

Malah pasti terbayang-bayang bagaimana nasib wanita tersebut selepas itu kan? Adakah dia selamat atau pun telah ditarik ombak ganas tersebut. Video dibawah ini menjawab segala persoalan korang tu.

Posted by Lipan Bara on Sunday, March 17, 2019

Alhamdulillah wanita tersebut selamat, namun dia mengalami kecederaan mungkin disebabkan terjatuh selepas dipukul ombak besar tersebut.

“Ombak besar biasa tapi…..”

Namun rata-rata yang pernah mengunjungi lokasi terbabit berkata ia adalah perkara biasa dimana ombak besar menghempas dinding batuan dan naik ke kawasan pelancong.

Cuma mereka nasihatkan supaya pelancong tidak berada berdekatan kawasan tepi pantai tersebut kerana dikhuatiri berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Posted by Lipan Bara on Sunday, March 17, 2019

 

Korang yang ada plan ke sini make sure hati-hati dan jauhkan diri kalau korang rasa bahaya atau tak selamat okay, ingat! Malang tidak berbau.

Baca : Belum Selesai Tsunami Di Palu Dan Selat Sunda, Indonesia Bergegar Lagi Dengan Banjir Kilat Dan Tanah Runtuh Di Sulawesi Selatan!

1 18