“Lepas ni kena check betul-betul” – Nyaris Ditipu, Wanita Ini Kongsi Kisahnya di Stesen Minyak

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Seperti makanan untuk manusia, kenderaan juga memerlukan minyak petrol untuk berfungsi. Dalam keadaan minyak petrol yang mahal ini, setiap titisan dan ringgit yang melibatkan petrol adalah sangat bernilai.

Kali ni admin nak share pasal kisah seorang wanita yang hampir ditipu time isi minyak. Kejadian berlaku ketika dia nak isi minyak sebanyak 15 liter. Tapi bila isi tengok tak cukup sampai 15 liter. Nak tahu lebih lanjut, korang kena baca thread pendek oleh @ErahSoo kat bawah ni.

 

Kena minta resit lepas ni

Ish bahaya ni, tak pasal-pasal kena scam. Nasib baik dia cepat bertindak. Kalau tidak rugi je RM10. Sambungan thread ada kat bawah ni

Pergh nasib baik dia ingat kalau 15 liter bersamaan berapa ringgit. Nasib baik gak dia perasan. Kalau yang jenis macam admin lepas isi tak tengok meter tu memang tak pasal lah kena tipu.

 

Pengalaman netizen

Walaupun bukan kejadian kena tipu minyak petrol, tapi kejadian diseleweng oleh perkerja juruwang yang tak bertanggungjawab ni dah banyak kali terjadi. So, lepas ni kena aware dan minta resit lepas buat transaksi untuk tidak ditipu.

Tak pasal kena bayar untuk benda lain  pulak. Padahal tak amik pun. Tau nak menipu je kerja. Eeiii geram pulak admin

Boleh jadi gak, sebab benda ni kan manusia yang key in, mungkin human error kot kan. kita tak perasan. Apa-apa pun check dulu sebelum beredar dari kaunter

Tak tahu lah, ada orang dia tak pandang benda halal-haram ni. dia tahu nak settlekan benda dia je, dah tak peduli kat orang lain. Selfish betul.

 

Baca: “Nak bergurau pun agaklah” – Nyalakan Lighter Masa Tengah Isi Minyak, Remaja Ini Sengaja Pamer Kebodohan di Media Sosial 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.