“Lepas ni kena belajar english” – Mat Rempit Tak Faham English Buat Netizen Bergaduh

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Mat Rempit adalah golongan remaja yang suka naik motorsikal secara beramai-ramai atau sorang-sorang. Mereka ini sinonim dengan motorsikal yang diubah-suai, Tiktok dan perangai pelik yang sering menjadi bualan netizen.

Baru-baru ini, ada beberapa orang pelancong asing datang ke Malaysia dan approach geng-geng mat rempit ni. @d_jaysremm dan pelancong yang tegur tu macam biasalah, bercakap dalam bahasa Inggeris, tapi yang jadi kecoh dekat medsos ni sebab geng-geng mat rempit ni tak reti nak reply dan macam tak faham apa yang pelancong tu cakap. Cuba korang tengok video dekat bawah ni.

Kena belajar English lepas ni

Haa.. korang dah tengok kan. Terpinga-pinga budak-budak tu nak menjawab. Admin tak rasa dorang ni tak faham langsung. Mungkin just tak reti nak reply je kot. Tapi kadang-kadang tu boleh jadi blank gak lah kejap tiba-tiba orang tanya macam tu. Jenuh nak tukar laras bahasa dalam otak.

Yang netizen ni pun boleh tahan gak. Ada yang membahan, ada yang membela geng-geng rempit ni. Kalau tanya admin, admin tak memihak mana-mana pihak, sekadar tengok dari jauh dah setuju dalam hati je.

Ye tahu, English tu bahasa antarabangsa, tapi boleh chill tak dari marah-marah tak tentu pasal. Mungkin dorang tak ada peluang untuk belajar betul-betul. Mana kita tahu kan?Rasanya tweet asal tak merendahkan pun geng rempit tu. Kalau cakap ‘kumpulan remaja bermotorsikal’ macam formal sangat pulak kan. Tapi akak ni nampak tak fun sebab terus cakap tegak. Kalau ada emoji atau ‘haha’ sikit tu mesti jadi lebih fun. MUET susah weh. Basic English pun dah cukup. Janji boleh cakap dan faham. Takde lah terpinga-pinga nak menjawab soalan simple. Ye dak?

Lain orang, lain tahap IQ-nya. Kita tak boleh judge bro. Mungkin dia less fortunate dari kita. Sapa tahu kan.

Betul, layanan tu lebih penting. Takde pulak dorang nak halau atau maki foreigners tu. Layan jugak walau tak faham bahasa. 

Memang tak dinafikan Bahasa Inggeris tu penting. Tapi kita juga tak boleh tutup sebelah mata akan peluang dan tahap pembelajaran orang lain. Jangan gaduh-gaduh ye semua.

 

Baca: “Sakit telo member belakang” – Mat Rempit Tunjuk Hebat Buat Wheelie Tiba-tiba Terbabas Bila Nampak Awek

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.