“Ada beza buat orang ketawa, jadi bahan ketawa orang” – Doktor Nasihat TikToker Mukbang Tayang Ketiak Buat Medical Checkup

Tambah ke Sumber Pilihan
“Ada beza buat orang ketawa, jadi bahan ketawa orang” – Doktor Nasihat TikToker Mukbang Tayang Ketiak Buat Medical Checkup

Kelakuan seorang TikToker dalam melakukan video mukbang sambil menayang ketiak gelap baru-baru ini telah mengundang kecaman daripada warganet.

Mereka menganggap tindakan lelaki tersebut sebagai satu perbuatan jijik dan ia sekaligus telah membuatkan lelaki yang dikenali sebagai Dr Aliff ini tampil membuat teguran secara terbuka buat lelaki tersebut.


Artikel Berkaitan : “Dalam dunia ni ramai penipu” – Lelaki Tempelak ‘Ustaz Jadian’ Yang Suka Raih Derma Orang Awam  

Arikel Berkaitan : “Ramainya ustaz ustazah jadian” – Pakaikan Anak Baju Santa Claus, Fasha Sandha Bengang Dikecam Netizen

Dalam video tersebut Dr Aliff memberi penjelasan bahawa terdapat perbezaan antara buat lawak atau jadi bahan lawak dan dia tidak nafikan bahawa lelaki itu mahu menghiburkan netizen dengan gelagatnya di hadapan makanan.

Namun begitu, adab di hadapan makanan perlulah dijaga kerana makanan itu merupakan satu rezeki dan juga faktor kebersihan.

“Oklah awak kata badan saya bersih je, tapi cuma rupa je macam gini, tak boleh la macam tu tapi kalau dah rupa macam tu, boleh jadi aib. Malaysia ni dah la kuat cyberbully jadi kita jangan letakkan diri kita ni di posisi untuk dibuli oleh orang lain.”

Dalam pada itu, Dr Aliff juga mencadangkan lelaki tersebut agar gunakan cara lain seperti memakai kostum yang sekurang-kurangnya menampakkan dirinya comel, kebersihan terjaga dan perkara yang dianggap menjijikkan itu juga terlindung.

Dalam pada itu, Dr Aliff juga menasihatkan lelaki tersebut untuk membuat pemeriksaan kesihatan serta memperbaiki mutu kualiti kandungannya di TikTok.

Sumber : TikTok

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izuan Jelani
Lagi tulisan Izuan
Mende?

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Ada beza buat orang ketawa, jadi bahan ketawa orang” – Doktor Nasihat TikToker Mukbang Tayang Ketiak Buat Medical Checkup
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/ada-beza-buat-orang-ketawa-jadi-bahan-ketawa-orang-doktor-nasihat-tiktoker-mukbang-tayang-ketiak-buat-medical-checkup/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM