in ,

“Lembut je menari” – Wanita 60an Ini Pukau Netizen Dengan Lenggok Tarian Inang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepanjang PKP ni kita dah jarang tengok orang buat show depan mata kan. Tak kisah lah menyanyi, teater atau menari. Yang kita tengok dekat media sosial pun rakaman je.


Kali ni admin nak share pasal satu tarian yang viral di media sosial. Apa yang menarik perhatian netizen ialah tarian tradisional itu dipersembahkan oleh seorang Auntie berbangsa Cina yang berumur 61 tahun. Menurut @KerolMohtar, tarian itu ialah Tarian Inang, salah satu tarian tradisional orang Melayu. Korang tengok lah Auntie tu menari kat bawah ni.

 

Lembut je menari

Serius admin tengok Auntie tu menari admin tak tahu pun umur dia dah 60 lebih. Memang terbaik lah moves auntie ni. Lembut macam penari professional je lenggok dia.

Ini lah yang admin cakap tadi. Tak ada gaya 61 tahun pun. Elok je menari, lemah gemalai pulak tu.

Oh memang bersemangat menari rupanya. Patut lah nampak bertenaga dan semangat. Kalau ada lagi video auntie ni menari tarian tradisional, share lah ye.

Betul, generasi sekarang ni kena buka mata lebih sikit sebab kita pun ada tarian yang best. Kalau tunjuk kat orang luar negara, mesti dorang cakap tarian kita rare.

 

Baca: “Ini baru budaya Melayu” – Flashmob Tarian Tradisional,  Netizen Puji Kemeriahan Kenduri Ini 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.