“Ini baru budaya Melayu” – Flashmob Tarian Tradisional, Netizen Puji Kemeriahan Kenduri Ini

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Setiap orang mengimpikan kemeriahan di majlis perkahwinan masing-masing. Tak kira lah ibu bapa, keluarga, atau pengantin sendiri. Banyak cara yang kita boleh buat supaya majlis itu meriah.

Mengambil inisiatif ini, kawan-kawan pengantin membuat flashmob khas untuk kedua mempelai. Tapi bukan flashmob biasa-biasa, ini flashmob tarian zapin! Cuba korang tengok video berdurasi 2 minit 20 saat yang dikongsi oleh @NasirPasir di akaun Twitter miliknya.

Tarian Zapin

Tarian zapin ni berasal dari Johor. Selalunya dipersembahkan di majlis keramaian. Tapi kita dapat pendedahan mengenai zapin ni mesti dari sekolah. Memang menggamit memori lah!

Suasana meriah, ditambah pulak dengan kawan-kawan yang sporting, memang kombinasi yang padu. Rasanya diaorang semua ni mesti penari kebudayaan dekat sekolah dulu kot. 

Kalau orang luar tengok mesti dia ingatkan teater muzikal. Sebab ramai tu satu, sebab kejap-kejap berhenti pastu menari balik. Macam hindustan pun ada. 

Ini dia ‘penari kebudayaan dari Kampung Pisang’ dah komen. Yes betul tu bang, kita kena promote dan sokong. Kita bakor!

Kalau dah rasa excited tu maknanya dah lekat di hati. Macam bercinta lah, setiap kali tengok si dia, mesti rasa excited. 

Haa.. memang diaorang buat sungguh-sungguh. Pergerakan pun laju. Dan yang paling penting, synchronize

 

Segala usaha untuk mengetengahkan budaya kita seharusnya dipuji. Tak kira lah di peringkat mana pun. Biar lah budaya kita berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan budaya-budaya dari negara lain. Mudah-mudahan budaya kita tak pupus ditelan zaman.

 

Baca: “Walaupun badan dia comel tapi move dia mantap” – Netizen Terpegun Pelajar Sekolah Lincah Menari Lagu Blackpink

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.