Pernah tak anda rasa pengalaman tidak diberi layanan atau servis hanya kerana cara anda berpakaian? Terutamanya di bilik pameran kereta atau kedai barangan mewah.
Seorang lelaki baru-baru ini merasai pengalaman sebegitu dan disebabkan rasa tidak puas hatinya itu, beliau memuat naik status di Facebook.
Menurut lelaki bernama Xing itu, beliau telah melawat sebuah bilik pameran kereta jenama H (haaa, cubalah teka…).
Xing pada ketika itu berpakaian kasual dan masuk ke bilik pameran berkenaan untuk cuci mata. Namun, menurutnya tiada seorang jurual pun yang menyambutnya atau memberikan layanan yang sepatutnya diterima oleh seorang pelanggan hanya kerana caranya berpakaian itu.
“Saya memakai singlet, seluar pendek dan selipar. Saya mahu tahu jika benar jurujual kereta hanya akan memberikan layanan berdasarkan rupa luaran seperti yang dikatakan ramai orang.”
[sociallocker id=1666]
“Rupa-rupanya apa yang dikatakan itu sememangnya benar. Dari saat saya masuk ke dalam bilik pameran itu, melihat kereta sehingga saat keluar dari premis itu, tiada seorang pun datang menyambut saya atau mengesyorkan kereta kepada saya.” kata Xing
Lebih mengejutkan lagi, Xing turut menceritakan bahawa beliau harus mendekati jurujual di premis itu sendiri untuk mendapatkan maklumat tentang kereta. Walhal, jurujual itu lah yang seharusnya memberi layanan dan servis kepadanya sebagai pelanggan tidak kira bagaimana caranya berpakaian sekalipun.

Netizen yang membaca status Xing rata-rata menyatakan pandangan mereka tentang situasi itu dengan penuh kemarahan dan kekecewaan.
“Saya pernah alami situasi yang sama seperti ini. Saya memakai seluar pendek dan T-shirt untuk melihat kereta keluaran baru Toyota. Tiada seorang pun ejen jualan yang melayan saya, terutamanya apabila saya periksa Vios keluaran terbaru. Walhal, saya boleh nampak mereka tiada kerja lain dilakukan pada ketika itu. Selepas lebih kurang 30 minit cuci mata, barulah datang seorang ejen bercakap dengan saya. Selepas berbual dalam 10 minit, saya terus membeli Toyota Camry. Pada ketika itu, kesemua ejen jualan yang lain memandang saya.” komen seorang netizen
[/sociallocker]
“10 tahun lalu, ayah saya juga memakai singlet dan berseluar pendek untuk membeli sebuah kereta BMW. Tiada seorang pun memberi layanan kepadanya. Apabila ayah saya keluarkan buku cek beliau, barulah semua tergesa-gesa mahu melayan.” komen seorang lagi pengguna Facebook
Sedih bila melihat masyarakat zaman sekarang memilih untuk memberi layanan kepada orang lain. Seharusnya kita melayan setiap orang dengan penuh rasa hormat tidak kira bagaimana cara mereka berpakaian sekalipun.