in

Membazir! Lelaki Terima BR1M Gunakan Kesemua Wang Untuk Membeli Dadah

^54Aa68D762A34A53Eebbbd8603B2389B596C37421D7A9D19E0^Pimgpsh Fullsize Distr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang memohon BR1M dan berjaya mendapatkannya semestinya sangat bersyukur kerana wang itu sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan seharian.


A 11

Namun, seorang lelaki ini menggunakan BR1M yang diterimanya untuk membeli dadah jenis pil kuda! Membazir je!

Penganggur dari Jelawat, Bachok berusia 24 tahun itu ditahan oleh pasukan anggota penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam satu operasi.

Lelaki itu sendiri turut mengakui baru sahaja menerima BR1M dan telah menggunakan kesemuanya untuk membeli dadah. Malah jika mengikut rekod, suspek pernah ditangkap disebabkan kes dadah sebanyak tiga kali sebelum ini. Tak serik-serik!

Brim
sumber: sinar harian

Menurut Ketua Unit Penguatkuasaan AADK Bachok, Muhammad Rostam Mohd Aluwi, suspek merupakan salah seorang daripada 17 yang lain disyaki penagih dadah. Kesemua mereka ditahan ketika operasi di sekitar Kampung Hujung Repek, Jelawat, Teluk Kemunting dan Tawang beberapa hari lalu.

Malang sekali BR1M yang diberikan kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan disalahgunakan individu seperti ini,” katanya.

Selepas ditahan, setiap suspek yang berusia lingkungan 14 hingga 48 tahun diarahkan menjalani ujian saringan urin dan hasil keputusan mendapati 11 daripada mereka positif dadah jenis methaphetamine atau pil kuda.

Semua suspek ditahan di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagihan Dadah 1983 dan enam suspek yang ditahan telah dihantar ke Cure and Care Rehabilitation Center (CCRC) Dengkil untuk menjalani proses pemulihan. Harap berubah lah kan.

Orang lain sangat berharap untuk dapat bantuan tu, eh dia dah dapat boleh pulak membazir buat beli dadah!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.