in

Lelaki Telefon 911 Banyak Kali Cuma Nak Bagitahu Diri Letih, Tak Pasal-Pasal Masuk Penjara 60 Hari

911

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui bahawa talian kecemasan bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main. Dah nama pun kecemasan, kan. Malah, korang juga boleh didakwa di mahkamah kalau didapati ada melakukan panggilan kecemasan palsu.


Bercakap mengenai talian kecemasan, seorang warga emas di Amerika Syarikat ditahan pihak berkuasa tempatan selepas dia kerap kali menelefon talian kecemasan, 911 hanya untuk memberitahu operator bahawa dia kepenatan.

98492 E1632537865522

Lapor New York Post, Daniel Schroeder, 61, difahamkan menelefon talian kecemasan sebanyak empat kali pada Khamis minggu lalu. Tujuannya adalah untuk meluahkan rasa penat yang dialaminya.

Berdasarkan laporan polis, rupanya ini bukanlah kesalahan kali pertama yang dilakukan Schroeder. Dikhabarkan, warga emas yang tinggal di Evansville, Indiana itu sebelum ini pernah dicekup polis dan dituduh menyalahgunakan talian kecemasan pada 11 September lalu hanya untuk meluahkan rasa marahnya terhadap seorang saudara perempuan yang enggan mengikut peraturannya.

61 Year Old Indiana Man Faces Two Months Jail For Repeatedly Calling 911 And Stating He Was Tired E1632537909530

Memetik Newsweek, ketika ditahan atas kesalahannya pada 11 September lalu, hakim telah menjatuhkan hukuman enam bulan penjara kepada Schroeder. Bagaimanapun, hakim menawarkan mahu menggantung hukuman dengan syarat Schroeder tidak lagi menelefon talian kecemasan 911 melainkan untuk melaporkan kecemasan.

Walau bagaimanapun, Schroeder didakwa telah melanggar perjanjian terbabit hanya sehari selepas itu. Kini, warga emas terbabit akan menghabiskan masa 60 hari di Vanderburgh County Jail atas kesalahannya.

Image Asset E1632537969660
Emergency concept: girl using a digital generated phone with emergency call on the screen. All screen graphics are made up.

Dalam pada itu, menurut satu kajian oleh Arizona State University’s Center for Problem-Oriented Policing pada 2002 mendedahkan penyalahgunaan talian kecemasan akan mengakibatkan bantuan lewat tiba bagi mereka yang benar-benar memerlukannya.

Di sesetengah kawasan komuniti, operator kecemasan secara automatik boleh mengesan lokasi panggilan dan boleh terus menghantar perkhidmatan kecemasan. Pun begitu, tindakan ini boleh menghabiskan masa berharga sekiranya si pemanggil tidak serius memerlukan bantuan.

Selain itu, kajian sama turut mendedahkan ada sesetengah individu yang sanggup mereka cerita dengan menambah maklumat palsu hanya untuk mendapatkan bantuan dengan lebih pantas.

Sumber: Newsweek, New York Post

Baca: “Kenapalah jahat sangat?” – Sengaja Buat Panggilan Palsu Kebakaran, ‘Encik Tigas’ Dihentam Netizen

Feature 1 8 E1632537795312

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.