in

“Kenapalah jahat sangat?” – Sengaja Buat Panggilan Palsu Kebakaran, ‘Encik Tigas’ Dihentam Netizen

Feature 1 8 E1632537795312

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasukan Bomba Dan Penyelamat Malaysia sememangnya terkenal dengan kecekapan dan ketangkasan mereka dalam menyelamatkan mangsa sama ada mangsa kebakaran, kemalangan atau pun kucing yang tersekat dalam longkang. Cool gila bomba kita ni kan. 


Namun, baru-baru ini di Sarawak, anggota bomba dan penyelamat ini telah menerima panggilan palsu yang mengatakan berlaku kebakaran di sebuah rumah panjang di kampung pedalaman Sarawak iaitu di Rumah Bakas Buti, Sibuti Jln Miri – Bintulu.

Menurut Facebook Friends of Bomba Malaysia, pihak bomba telah menerima panggilan tersebut daripada seseorang yang bernama Encik Tigas pada pukul 9.03 pagi.

Rupanya, apabila jentera bomba sampai, mereka dimaklumkan tiada insiden kebakaran pun yang berlaku di kawasan tersebut. Kesian weh dekat abang bomba ni. 

Bomba 3

Lagi kesian, anggota penyelamat tersebut telah mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke tempat kejadian sebab jarak rumah panjang tersebut daripada balai bomba dan penyelamat adalah 80 kilometer.

Penduduk kampung tersebut tidak tahu menahu tentang panggilan palsu tersebut dan tiada individu bernama yang Encik Tigas yang tinggal di kampung tersebut. So, orang kampung kat situ tak salah ya guys. 

Bomba 2

Rata-rata netizen menyifatkan tindakan Encik Tigas tersebut adalah tidak berperikemanusiaan sebab dia telah menyusahkan dan membazirkan masa ahli bomba terbabit.

Bomba 4

Namun, ada juga yang mencadangkan agar kerajaan dapat membina sebuah balai bomba yang berdekatan dengan kawasan tersebut memandangkan jarak balai bomba yang terlalu jauh. Bagus jugak idea ni kan. 

Tindakan tidak bertanggungjawab ini juga boleh menyusahkan bomba jika kejadian kebakaran benar-benar berlaku pada masa yang sama.

Panggilan palsu ni boleh menyebabkan korang didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan denda sehingga RM50,000 dan penjara tidak melebihi satu tahun jika disabit kesalahan.

Korang janganlah sesuka hati buat panggilan kecemasan. Jangan menyusahkan orang boleh tak? 

 

Baca: “Macam manalah kalau emergency nanti?” – Bomba Tunjuk Rakaman Peniaga & Pemandu Park Kereta Secara Haram Dekat Pasar Pagi 

Bomba

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.