in

Lelaki Pukul, Hentak Muka Anjing Pondok Pengawal Guna Helmet Naikkan Kemarahan Netizen

Page 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Lelaki Pukul, Hentak Muka Anjing Pondok Pengawal Guna Helmet Naikkan Kemarahan Netizen
Loading
/

Baru-baru ini Malaysian Independent Animal Rescue (MIAR) telah memuat naik sebuah video rakaman CCTV seekor anjing telah dibelasah teruk oleh seorang lelaki tanpa belas kasihan.


Video itu sudah semestinya mendapat perhatian para pencinta haiwan dan semua mereka berang dengan apa yang terjadi. Kejadian dilaporkan berlaku di Taman Melody, Bandar Kinrara, Puchong pada 2 April jam 8.49 malam.

Di awal rakaman CCTV tersebut, lelaki warganegara Singapura itu dilihat berbasikal menuju ke pondok pengawal kawasan perumahan berkenaan. Anjing yang berada di pondok pengawal itu kemudian menyalak selepas ternampak anjing milik lelaki berkenaan. Anjing tersebut terkinja-kinja sehingga rantai yang dipasang padanya tercabut.

A2 2

A1 2 1

Anjing itu kemudian terus berlari menuju ke arah lelaki berkenaan. Walaubagaimanapun, tiada sentuhan fizikal berlaku di antara anjing itu dan lelaki berkenaan, namun dia hilang imbangan menyebabkannya terjatuh.

Aa

Selepas terjatuh, lelaki itu bangun semula dengan muka yang marah dan terus menolak basikalnya menuju ke arah pondok pengawal keselamatan tersebut. Dia kemudian terus menangkap anjing tersebut dan memukulnya tanpa belas kasihan.

Dapat dilihat melalui rakaman itu, dia memukul dan menumbuk muka anjing itu berkali-kali. Selepas ditegur pengawal keselamatan wanita tersebut, suspek memberi amaran untuk tidak menghalangnya. Malah, dia turut memukul bahu pengawal itu!

A4 2

Dia kemudian terus melempar anjing itu ke atas meja dan sambung menumbuk berkali-kali tanpa menghiraukan anjingnya yang menyalak di kaki.

Tanpa belas kasihan, suspek memukul anjing itu dan seorang lelaki lain kemudian dilihat muncul dipercayai meminta lelaki berkenaan untuk berhenti melakukan perbuatan kejam itu.

A5 2

Suspek bagaimanapun memarahinya semula seolah-olah memberi amaran kepada lelaki itu supaya tidak masuk campur. Lelaki itu kemudian mengambil helmet di atas meja dan menghentak ke muka anjing berkenaan berkali-kali.

Gif1

Meskipun, ada kereta yang lalu suspek tidak menghiraukan dan tetap meneruskan niatnya untuk membalas dendam dan melepaskan kemarahan kepada anjing tersebut.

Sehingga satu tahap, anjing itu dapat dilihat lemah dan tidak mampu lagi melawan. Namun, dia masih tidak berhenti memukul menggunakan helmet itu. Memang takde hati dan perasaan kau ni.

Gif2

Suspek kemudian pergi ke belakang dan mencampak anjing itu ke dalam pondok pengawal sebelum sambung menendang anjing itu berkali-kali. Tak dapat bayangkan betapa sakitnya anjing tu 🙁

A8 1

Selepas berasa puas dengan apa yang dilakukan, suspek keluar dan menutup pintu pondok itu. Dia kembali ke basikalnya sambil melihat tangan yang tercedera ketika menyerang anjing tersebut. Padan muka kau cedera!

Suspek kemudian menuding jari dipercayai kepada pengawal keselamatan itu dan video tersebut berakhir ketika lelaki itu mengangkat semula basikalnya untuk beredar dari kawasan berkenaan.

A9 1

Menurut MIAR anjing itu telah dihantar ke klinik haiwan untuk dirawat. Laporan polis telah dibuat namun seorang penduduk di situ memberitahu bahawa tiada tindakan yang sudah diambil oleh pihak polis.

Diharap pihak polis menahan suspek berkenaan secepat mungkin. Jika anda menjadi saksi keganasan dan penderaan terhadap haiwan, tolong jangan berdiam diri. Laporkan kejadian itu kerana haiwan juga perlukan keadilan.

Semoga anjing kesayangan penduduk Taman Melody itu sembuh seperti sedia kala.

Dog
sumber: facebook

Tonton video itu di bawah:

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.