in

“Siap pasang air cond”- Pencuri Tertidur Di Rumah Yang Dia Rompak, Rupanya ‘Tuan Rumah’ Pegawai Polis

765 E1650689245828

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki yang disyaki pencuri di Thailand ditangkap pada 23 Mac lalu selepas dia tertidur dekat rumah yang sepatutnya dia rompak. Boleh pulak la tertidur.


Menurut The Thaiger, lelaki berusia 22 tahun itu ditangkap selepas pemilik rumah tersebut menjumpai lelaki itu di bilik tidur anak perempuannya.

Abcd

Pencuri itu dipercayai ceroboh masuk rumah itu pada pukul 2 pagi. Mungkin sebab mengantuk sangat, terus pasang air cond dan terbaring atas katil dalam bilik itu.

Agaknya mungkin dia nak rehat dulu sebelum curi barang-barang dalam rumah tu.

 

Dua-dua terkejut!

Waktu ‘owner’ rumah itu terjaga dari tidur, dia pelik sebab air cond bilik anak perempuan dia terpasang padahal anak perempuan dia tak ada dekat rumah pun. Sebab rasa pelik dengan perkara itu, dia masuk dalam bilik anak perempuannya itu untuk periksa.

Lepas masuk dalam bilik itu, pemilik rumah terkejut nampak ada orang tengah nyenyak tidur sambil selubung badan dengan selimut anaknya. Apa lagi, ‘owner’ rumah itu terus menjerit kuat sampai terbangun pencuri itu dalam keadaan mengantuk dan bingung.

Abcdef

Mesti pencuri tu bangun sambil tertanya-tanya apa yang terjadi.

Tak tunggu lama, penceroboh itu terus kena tangkap dengan ‘owner’ rumah. Lelaki itu kini dilaporkan berhadapan dengan dakwaan mencuri dan pecah masuk rumah.

Abc

Alahai, nak mencuri pun tak ‘clean’ betul la lelaki ni. Boleh pulak nak baring-baring. Kan dah tertidur.

 

Sumber: The Thaiger

Baca: “Mencuri pon dah upgrade sekarang”- Pencuri Licik Kata Nak Renovate Rumah, Habis Isi Rumah Licin Kena Rembat

1234

Sumber: tnewssurin
Sumber: tnewssurin
Sumber: tnewssurin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.