in

Lelaki ‘Market’ Diri Sebagai ‘High-Quality Male’ Di Weibo, Caj RM16,204 Sebulan Kalau Nak Join ‘Fanclub’

High Quality Male

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah dengar tak quote, don’t let fame gets to your head?


Basically, quote ni nak berpesan pada kita supaya sentiasa merendah diri dan tidak sombong atau riak apabila kita sudah berjaya.

Quote ni mungkin sesuai untuk digunakan pada seorang lelaki di China ini yang telah di-banned daripada laman sosial Sina Weibo selepas dia dilaporkan telah mengenakan bayaran 25,000 yuan (sekitar RM16,204) bagi mana-mana individu yang mahu menyertai fanclub miliknya.

Memetik laporan Global Times, sejak 21 Julai lalu, Xu Genqin, 29, memuat naik video memperkenalkan dirinya di laman sosial popular di China dengan harapan untuk mencari jodoh buat dirinya.

Fd814Eff 13Ca 4163 9A81 C70D62Ce6004 E1630115905836

Disebabkan cara pemakaian, gaya rambut dan solekan yang dikenakan Xu, lelaki itu segera mendapat perhatian ramai. Sampaikan posing half-squat yang dilakukannya turut ditiru oleh ramai selebriti dan influencers.

Setelah menjadi popular, Xu yang ‘memasarkan diri’ di Weibo sebagai high-quality male (lelaki berkualiti tinggi) mula mencuba untuk mengaut keuntungan melalui populariti yang dikecapinya.

Lapor sumber, Xu telah mencipta satu fanclub untuk peminat-peminatnya. Tapi, mana-mana individu yang nak sertai, mereka harus membayar 25,000 yuan (sekitar RM16,204) sebulan. Kalau setahun, kena bayar 75,000 yuan (sekitar RM48,504)!

Weibo E1630116033190
Gambar hiasan

Usaha Xu untuk mengaut keuntungan bagaimanapun terbantut selepas pihak pengurusan Weibo mengatakan mereka telah menutup dan banned akaun Xu. Malah, satu siasatan akan dijalankan untuk mengesan sekiranya ada pengguna laman sosial berkenaan sudah membayar jumlah yang dikatakan Xu.

Menurut laporan media tempatan, beberapa platform media sosial lain juga tak membenarkan lelaki terbabit membuka saluran live-streaming.

Sumber: Global Times

Baca: Pernah Viral ‘Promote’ Diri Cari Pasangan Guna Poster, Lelaki Ini Akhirnya Akan Bernikah Lepas Aidiladha

Untitled Design 27 7 E1630115869606

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.