in

Lelaki Mabuk ‘Join’ Misi Mencari Orang Hilang, Rupanya Yang Dicari Adalah Diri Sendiri

Beyhan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perangai orang mabuk ni memang unpredictable, kadang-kadang tu boleh sampai membahayakan diri sendiri dan orang lain.


Https S3 Images.ladbible.com S3 Content Bbb5Cae7615372Eb3Bfed2D4Ecb00Ab2 E1633139367667

Lapor DailyMail, seorang lelaki di Turki pula pergi menyertai misi mencari dan menyelamat dalam keadaan mabuk. Pun begitu, setelah berjam-jam mencari, dia akhirnya sedar individu yang dicari itu adalah dirinya sendiri.

Beyhan Mutlu, 50, yang berasal dari Inegol iaitu sebuah daerah di barat laut Bursa difahamkan telah keluar minum bersama rakan-rakannya apabila dia mula merayau ke dalam hutan.

148277 E1633139394585

Setelah gagal menghubunginya selama beberapa jam, isteri Beyhan dan rakan-rakannya memutuskan untuk melaporkan kehilangan lelaki itu kepada pihak berkuasa.

Dalam pada itu, Beyhan yang masih berada di bawah pengaruh alkohol sedang merayau-rayau dalam hutan sebelum dia bertembung dengan sepasukan penyelamat dan sukarelawan yang sedang melakukan misi mencari dan menyelamat. Tanpa bertanya apa-apa, Beyhan pun terus join kumpulan ni dan tak sedar pun orang hilang yang kumpulan tu cari sebenarnya diri dia sendiri.

Bagaimanapun, misi mencari dan menyelamat itu akhirnya ditamatkan selepas salah seorang sukarelawan menjerit memanggil nama Beyhan dan lelaki mabuk itu menyahut panggilan berkenaan.

Laporan lanjut mendedahkan dalam satu kenyataan Beyhan selepas identitinya dikenal pasti adalah dia risau perbuatannya itu mendatangkan masalah kepada keluarganya.

“Jangan hukum saya terlalu berat, tuan. Bapa saya akan bunuh saya,” katanya.

Pun begitu, Beyhan dikhabarkan dibawa pulang ke rumah dan tiada laporan lanjut mendedahkan sama ada lelaki itu diberikan hukuman atau tidak akibat tindakannya itu.

 

Sumber: DailyMail

Baca: Penangan ‘Resume’ Mencari Jodoh, Bakal Doktor Terima Lebih 200 Permohonan!

12345 E1633137753744

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.