in

Lelaki Lepaskan Tembakan Di Masjid Semasa Umat Islam Di London Sedang Solat Terawih

nj

Insiden Christchurch masih lagi menghantui ramai umat Islam di seluruh dunia. Selepas insiden tersebut, ramai juga yang tak berani untuk ke masjid.

Pastinya, perasaan takut menghantui jemaah di Seven Kings Mosque di London selepas mereka terdengar bunyi tembakan semasa mereka sedang menunaikan solat terawih malam semalam.

Menurut Daily Mail, Polis Metropolitan telah mengesahkan bahawa tembakan telah dilepaskan di Seven Kings Mosque.

13318530 7013017 image a 2 1557445004892

Menurut saksi, seorang penembak telah masuk ke dalam masjid sebelum dia dihalau keluar dan melepaskan tembakan sekali.

Sebilangan besar polis telah dihantar ke kawasan masjid pada pukul 10.45 malam untuk memantau kawasan masjid sepanjang malam.

Mujur, tak ada sebarang kecederaan dan kerosakan yang berlaku ekoran dari insiden ini. Pihak berkuasa juga tak menganggap kejadian ini berkait dengan terrorism.

Beberapa pengguna media sosial mengatakan yang lelaki bersenjata tersebut telah menutup mukanya sebelum masuk ke dalam masjid.

13320108 7013017 image a 12 1557447647540

Seorang pengguna Twitter pula mengatakan dia berada di dalam masjid semasa tembakan dilepaskan.

Masa terawih, seorang lelaki masuk ke dalam masjid dengan pistol. Masa saya tengah solat, saya dengan bunyi letupan kuat. Dia dikejar keluar oleh pihak pengurusan tapi sempat larikan diri.”

Pihak polis pula berkata, ketika ini mereka merasakan pistol yang digunakan oleh lelaki tersebut adalah blank firing handgun. Mereka akan bekerjasama dengan pihak pengurusan masjid bagi menjamin keselematan penduduk tempatan.

13322532 7013017 image a 3 1557453554909

Kalau korang nak tahu, blank firing gun adalah pistol yang selalu digunakan dalam filem. Dia tak ada peluru hanya serbuk mesiu atau belerang yang dicampur. Walaupun ia tak sebahaya pistol sebenar, kalau ditembak pada jarak dekat ia boleh menyebabkan kematian.

Screenshot 2019 05 10 at 11.19.13 AM

Harapnya pihak polis di sana dapat menangkap penembak ni dan semoga umat Islam seluruh dunia berada di bawah lindungan-Nya.

 

Baca: “Saya tidak berdendam” – Rahimi Ahmad, Mangsa Tembakan Christchurch Maafkan Penembak Walaupun Kaki Kanan Belum Boleh Bergerak Screenshot 2019 05 10 at 11.35.36 AM