in

Lelaki Kantoi Curi Baju Dalam Wanita di Dobi Kuala Pilah dan Sorok Dalam Seluar

Featured Dobi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, kecoh di media sosial tentang kisah budak OKU yang berak di sebuah dobi. Baru-baru ini, tular lagi cerita mengenai dobi di mana seorang lelaki telah mencuri baju dalam wanita. Kes seperti ini sudah tidak pelik lagi di Malaysia kerana ia sering kali berlaku.


Menurut Mstar, kejadian berlaku pada 21 Oktober lalu pada jam 8.34 malam di Kuala Pilah. Pada waktu itu, terakam satu video berdurasi 55 saat yang dikongsi oleh pemilik Dobi Depot, memaparkan seorang lelaki membuka salah sebuah mesin basuh di kedai tersebut.

Dobi 1 E1509269462573
sumber: facebook

Dalam video itu, lelaki yang berbaju kemeja-T hitam dilihat sedang menyelongkar sebuah mesin basuh sambil memerhatikan keadaan sekeliling sebelum mencuri baju dalam itu.

Dobi 3 E1509269611506
sumber: facebook
Dobi 4 E1509269720475
sumber: facebook
Dobi 5 E1509269782177
sumber: facebook

Seteleh berjaya mencuri, lelaki itu terus menyembunyikan baju dalam itu di dalam seluarnya sebelum bertindak meninggalkan premis berkenaan. Ish macam-macam!

Menurut rakaman itu, dapat dilihat bahawa tiada pelangan di kedai dobi tersebut.

“Pihak kami ingin mengingatkan supaya kaum wanita mengambil langkah berjaga-jaga tidak kira pada waktu siang atau malam, bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, termasuklah disamun”

Susulan itu, pemilik Dobi Depot telah mengingatkan golongan wanita agar sentiasa berhati-hati ketika mendobi dan sentiasa mengawasi pakaian mereka. Lebih baik lagi sekiranya tidak meninggalkan pakaian tanpa pengawasan sesiapa.

Pada Julai lalu, turut berlaku kes yang sama di mana seorang lelaki yang berpangkat pak cik telah menyelongkar beberapa mesin pengering di sebuah kedai dobi layan diri di Shah Alam untuk mencari pakaian dalam wanita.

Macam-macam jenayah sekarang ini.. Harap semua lebih berhati-hati lepas ini ya..

Baca: Lelaki Dirakam Selongkar Mesin Pengering Dobi Cium Bau dan Curi Pakaian Dalam Wanita

Dobi2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.