in

Lelaki Kantoi ‘Buang’ Air Maninya Ke Dalam Botol Air Wanita

Featured Pervert 1

Jarang untuk kita dengar kes yang melibatkan kawan sepejabat. Selalunya hubungan mereka akrab bagai isi dan kuku. Tetapi masih perlu berhati-hati kerana tak semua orang kita boleh percaya dengan begitu mudah.

Sama seperti kes yang berlaku  pada hari Selasa yang lepas, di mana kawan sepejabat wanita ini telah ‘membuang’ air maninya ke dalam botol air milik wanita tersebut. Euww jijiknyaa!

Menurut WOB, pekerja lelaki itu, Steven Millancastro berasal dari Palmdale, California, telah beronani di dalam pejabat wanita itu dan turut menggunakan air maninya bagi mengotorkan keyboard dan tetikus milik wanita berkenaan. Kes ini dianggap sebagai kepuasan seksual bagi lelaki itu.

Pervert
sumber: wob

Difahamkan, wanita berkenaan telah bekerja bersama Millancastro sejak tahun 2014 dan mendakwa Millancastro telah melakukan perbuatan itu sebanyak dua kali iaitu di antara bulan November dan Disember 2016. Wanita itu berkata, sebelum ini dia sudah perasan ada sesuatu yang tidak kena apabila minumannya bertukar warna menjadi keruh. Oleh sebab itu, dia terpaksa membuang botol airnya sebanyak dua kali.

Malangnya, dia tidak perasan dan tidak sangka bahawa madu yang sememangnya diletakkan di pejabatnya itu turut mengandungi air mani lelaki tersebut! Dia turut memakan madu tersebut hampir setiap hari selepas kejadian itu sejak November 2016 hingga Januari 2017.Seriously? OMG!

Pervert 2
gambar hiasan

Akhirnya, wanita itu mengambil keputusan untuk mengadu kepada penyelianya setelah kejadian ini berulang sebanyak tiga kali. Penyelianya memasangkan CCTV di dalam pejabat wanita berkenaan bagi melihat apa sebenarnya yang terjadi.

Tidak lama selepas itu, berlaku lagi kejadian ini tetapi lebih jijik apabila melibatkan papan kekunci dan tetikus miliknya dikotori dengan air mani. Menurut rakaman CCTV, terbuktilah di mana Millancastro telah masuk ke dalam pejabat wanita berkenaan dan melakukan perlakuan yang tidak senonoh itu. 

Pervert 1
sumber: wob

Wanita itu kemudiannya terus membuat laporan kepada Jabatan Polis La Palma dan berjaya memberkas Millancastro pada 21 November. Dia telah didakwa dengan beberapa tuduhan termasuklah percubaan vandalisme.

Sekiranya disabitkan kesalahan, dia akan menghadapi hukuman yang setimpal dan boleh dilabelkan sebagai pesalah seks sepanjang hayatnya. Kemudiannya, dia telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak 500 dolar (RM2,058) dan masih sedang menunggu hukuman selanjutnya.

Pervert

Harap Millancastro mendapat hukuman yang setimpal.. Dan harap wanita di luar sana, lebih berhati-hati sebelum minum minuman anda selepas ini ya!

Baca: Guru Ditahan Kerana Hantar Gambar Wanita Sedang Beronani Kepada Pelajar

Cikgu Porn