in

Lelaki Ini Kongsi Cara Nak Daftar Sekali Nama Anak & Ibu Bapa Yang Tiada Smartphone Dalam MySejahtera

Untitled Collage 13 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Norma baharu sekarang, nak masuk mana-mana kedai je diwajibkan lakukan imbasan kod QR yang disediakan di premis masing-masing.


Boleh dikatakan, hampir kebanyakan tempat kini memerlukan orang ramai melakukan check-in menerusi aplikasi MySejahtera. Ia bagi memudahkan pihak berkuasa melakukan pengesanan kontak, sekiranya terdapat kes jangkitan dikesan di satu-satu lokasi.

Tapi pernah tak kita terfikir, bagi anak-anak kecil atau ibu bapa yang tidak menggunakan smartphone — bagaimana pula mereka ni hendak didaftarkan sekali, selain daripada menggunakan alternatif menulis nama dan nombor telefon di buku disediakan?

Selalu kita check-in nama kita sorang je kan, macam mana pulak dengan anak-anak kecil yang selalu kita bawa keluar bersama? Seorang pengguna Twitter, @aizattwms ada berkongsi cara untuk kita add nama anak-anak dan mak ayah di MySejahtera.

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah…

Wan1

Kemudian bila keluar gambar macam kat bawah ni, tekan Manage Dependents.

Wan2

Wan3

Penting untuk korang pastikan nama yang diisi tu semua betul. Dan bila nak check-in MySejahtera, nanti akan keluar paparan I’m With… Jadi kat situ, sila add nama-nama individu yang ada dengan korang.

Kalau keluar sorang, boleh terus je tekan check-in kat bawah.

Capture 10

Mudah je kan? Lepas ni kalau keluar, boleh la pastikan nama anak-anak atau ibu bapa yang bersama dengan kita tu di check-in sekali.

Tapi cara ini hanya terpakai untuk mereka yang tiada smartphones, macam anak-anak kecil atau ibu bapa yang sudah tua. Kalau mereka ada smartphones, bolehlah check-in macam biasa di MySejahtera sendiri ya.

 

Baca: Kluster Sivagangga: Kedai Nasi Kandar di Napoh Rupanya Tak Catat Rekod Pelanggan Langsung!

22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.