in

Kluster Sivagangga: Kedai Nasi Kandar di Napoh Rupanya Tak Catat Rekod Pelanggan Langsung!

Napoh Kluster

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu kenaikan kes COVID-19 secara mendadak di negeri Kedah akibat Kluster Sivagangga hari ini bertambah rumit apabila didapati rupa-rupanya kedai nasi kandar yang menjadi punca penyebaran wabak tersebut tidak merekod data pelanggan.


Eeeuwtquwaa0Nkb

Menurut New Straits Times, kedai nasi kandar yang terletak di Napoh, Jitra itu bukan saja tidak menggunakan aplikasi MySejahtera atau merekod data pelanggan menggunakan cara manual, malah ia juga gagal mengambil suhu pelanggan sebelum masuk ke kedai tersebut. Aduhai! 

“Cabaran yang dihadapi kami ialah untuk mengesan kontak rapat dengan ketiadaan aplikasi MySejahtera atau aplikasi lain ataupun apa-apapun jenis rekod yang biasa digunakan pemilik kedai,” jelas Datuk Dr Noor Hisham dalam sidang medianya semalam.

0906202013

Susulan itu, kerajaan semalam telah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan secara pentadbiran membabitkan empat mukim bagi mengekang penularan daripada kluster tersebut selain bakal menyaksikan kira-kira 7,000 penduduk akan menjalani saringan COVID-19.

Datuk Dr Noor Hisham juga pada masa yang sama menegaskan supaya tindakan undang-undang diambil terhadap individu berkenaan yang menyebabkan peningkatan dalam kes COVID-19 di Kedah.

“Saya mengesyorkan satu tindakan undang-undang diambil terhadap individu tersebut dibawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” tambahnya lagi.

Inilah yang kita katakan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. 

Baca: “Kuarantin kat rumah konon” – Punca Kluster Sivagangga Makin Teruk Hingga 5 Sekolah Di Kedah Diarah Tutup Serta Merta

Gambar Hiasan 2

Sumber: Twitter
Sumber: Berita RTM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.