in

Lelaki Dirakam Beronani Sambil Berjalan di Pasar Malam Sri Petaling

Onani
Lobak Merah
Lobak Merah
Lelaki Dirakam Beronani Sambil Berjalan di Pasar Malam Sri Petaling
Loading
/

Pasar malam adalah salah satu tempat yang dituju ramai orang kerana pelbagai makanan boleh didapati di satu tempat. Disebabkan itu, pasar malam sering dipenuhi dengan orang yang mahu membeli makanan dan bahan mentah. Siapa tak suka makanan kan?

Namun, seorang netizen telah berdepan dengan seorang lelaki miang dan telah memberi amaran kepada wanita lain tentang lelaki itu.

Menurut World of Buzz, wanita itu telah merakam sebuah video yang menunjukkan lelaki itu yang dilihat seperti sedang meletakkan tangannya di dalam poket seluar dan beronani sambil berjalan di pasar malam. Eeeee!

Onani1
sumber: facebook

Menurut wanita berkenaan,

Insiden itu berlaku di pasar malam Sri Petaling semalam. Lelaki miang tersebut akan melakukan perbuatan itu apabila ternampak setiap wanita berseluar pendek. Perhatikan tangan dan aksinya!”

Melalui rakaman video berdurasi 16 saat itu, lelaki tersebut dilihat berada di belakang seorang wanita yang memakai T-shirt dan seluar pendek sedang membeli di sebuah gerai. Pada mulanya ia nampak biasa, sehinggalah dia fokuskan kamera ke arah seluar lelaki berkenaan. Anda akan perasan bahawa tangannya berada di dalam poket dan aksinya mencurigakan!

Onani2
sumber: facebook

Seorang netizen memberi komen bahawa dia seharusnya memberi amaran kepada orang lain di pasar malam itu tentang perbuatan lelaki tersebut namun dia menerangkan bahawa dia takut berbuat sedemikian kerana pada ketika itu dia berseorangan.

Dia juga berkata bahawa dia hampir menjadi mangsa kepada lelaki miang itu tetapi berjaya mengelak dan membuat keputusan untuk mengekorinya untuk mendapatkan bukti tingkah lakunya.

Kepada semua wanita di luar sana, berhati-hatilah sebab sekarang ni memang ramai sangat lelaki miang!

Baca: Lelaki Ditangkap Mencabul Kemaluan Wanita di Parkir Lot Pusat Beli Belah AEON

Cabul 1