Lelaki Dipenjara Rakam Gambar Bawah Kain Pasangan Sewaktu Temujanji Tinder

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Pasti kini sudah ramai yang tahu akan kewujudan aplikasi bernama Tinder. Tetapi bagi sesiapa yang belum mengetahui, Tinder adalah sebuah aplikasi dating mudah alih yang memerlukan lokasi anda untuk memulakan pencarian ‘jodoh’. Eleh mesti semua tahu punyalah!

Gambar hiasan

Bagi sesetengah pengguna aplikasi ini, ada yang berjaya menemukan jodoh sejati dan ada juga sekadar menggunakan ia untuk berkenalan dan berkawan semata-mata. Kami respek orang yang menggunakan aplikasi ini dengan tujuan yang betul.

Namun hal ini sebaliknya bagi seorang pengguna dari Singapura, apabila dia telah menyalahgunakan aplikasi Tinder untuk kegiatan jahatnya.

Menurut Coconuts, seorang lelaki telah dipenjara selepas ditangkap merakam gambar bawah kain seorang gadis yang dikenalinya melalui Tinder.

Gambar hiasan

Teo Chun Peng telah bertemu dengan gadis berusia 31 tahun tersebut di Republic Plaza selepas mengatur temujanji mereka melalui Tinder. Kejadian yang berlaku pada 16 Disember berjalan dengan sempurna sehingga gadis tersebut terpaksa pulang ke pejabatnya pada pukul 8.10 malam.

Teo Chun Peng, 29, merupakan bekas pekerja bank telah menemani gadis tersebut pulang dan berjalan mendahuluinya sewaktu menuruni eskalator. Teo kemudian memusing badannya dan menginjakkan kaki belah kanannya ke atas. Dia merakam bahagian bawah kain gadis tersebut secara diam-diam dengan menempatkan telefonnya di atas peha. Licik sungguh! 

Namun perlakuannya merakam gambar bawah kain gadis tersebut terbongkar apabila telefon Teo terlanggar lutut mangsa. Gadis itu yang menyedari akan perkara tersebut menuntut untuk melihat apa yang terkandung di dalam telefonnya.

Takut akan reaksi gadis itu, Teo bertindak untuk melarikan diri selepas bergelut dengan gadis tersebut. Namun dia berjaya ditangkap oleh orang ramai apabila mereka mendengar teriakan gadis berkenaan.

Selepas diperiksa, ternyata terdapat rakaman akan bahagian gambar bawah kain mangsa. Teo mengaku bahawa dia juga merakam gambar bahagian bawah kain gadis itu sewaktu mereka sedang makan malam.

Teo akhirnya dijatuhkan hukuman penjara selama 16 minggu atas 10 pertuduhan selepas menghadapi 37 pertuduhan yang membabitkan gangguan seksual terhadap wanita. Empat dari pertuduhannya merupakan kesalahan gangguan seksual terhadap seorang wanita di sebuah eskalator pada 1 November lalu. Kali kedua adalah ketika dia mengambil gambar lurah dada seorang wanita di The Shoppes, Marina Bay Sands pada 8 November.

Gambar hiasan

Kesalahan yang ketiga ialah ketika dia merakam video rakan sekerjanya sebanyak empat kali di eskalator dan terakhir kali sewaktu di medan selera Bayfront Avenue ketika mereka sedang makan tengah hari pada 13 Disember lalu. Amboi banyaknya. Pervert sungguh lelaki ni!

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Esther Tang, mangsa pertama Teo merupakan rakan sekerjanya. Menurut suspek, dia akan menonton video yang dirakamnya di telefon bimbit dan komputer sebelum memadamnya.

27 pertuduhan yang sama diambil kira sewaktu proses menjatuhkan hukuman. Teo berhadapan dengan hukuman penjara satu tahun bagi setiap pertuduhannya atas gangguan seksual ataupun dikenakan saman.

Bagi wanita di luar sana sentiasa berhati-hati jika berkenalan dengan lelaki yang tidak dikenali di media sosial. Yelah kita tak tahu macam mana perangai orang tu kan? Pasti anda tak mahu kehormatan anda dicabul seperti wanita-wanita di atas. 

Baca: Lelaki Bunuh Wanita Yang Dikenali Melalui Tinder dan Larutkan Mayat Mangsa Dengan Asid

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nabilla Raihan

Seorang yang ambivert dan kreatif dari segi penulisan dan lukisan. "On time" dan "goal driven" adalah moto yang sering diketengahkan gadis ini.