in

Lelaki Bunuh Wanita Yang Dikenali Melalui Tinder dan Larutkan Mayat Mangsa Dengan Asid

Page 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari yang dianggap mungkin menggembirakan baginya bertukar menjadi malang selepas berjumpa dengan seorang lelaki melalui aplikasi popular, Tinder. Francia Ruth Ibarra, 26 tahun dari Leon, Mexico dilaporkan hilang pada 3 Disember lalu selepas tidak muncul di pawagam berjumpa rakan-rakannya seperti yang dijanjikan.


Disebabkan itu, rakan-rakannya dari Universitu Guanajuato cuba menjejaki beliau menggunakan media sosial. Melalui media sosial Francia, mereka mendapat tahu bahawa beliau sedang menjalikan hubungan dengan seorang bekas pelajar bernama Boncanegra.

Tinder1
francia ruth ibarra

Polis tempatan kemudian menjejaki Emmanuel Delani Valdez Bocanegra, 26, memandangkan beliau adalah orang terakhir yang dilaporkan bersama Francia.

Bocanegra kemudian disoal siasat dan pihak polis kemudian menemukan sebuah beg berisi pakaian milik Francia yang disorokkan di dalam apartmen miliknya.

Tinder
emmanuel delani valdez bocanegra

Apa yang lebih mengerikan, polis turut menemui tulang manusia di dalam sebuah beg di balkoni apartmen tersebut bersebelahan dengan sebuah bekas berisi soda kaustik dan asid hidroklorik.

[sociallocker id=1666]

Enam kilogram daging manusia yang dapat diambil daripada tulang tersebut ternyata padan dengan DNA mangsa.

Bocanegra akhirnya mengaku membunuh Francia. Bukan itu sahaja, selepas berbuat demikian, beliau telah menghapuskan mayat wanita itu dengan melarutkan badan mangsa di dalam tab mandi yang dipenuhi asid. Tapi kenapa beliau membunuh wanita itu? 

Tinder2

Mengikut laporan pihak polis, Bocanegra membunuh Francia kerana wanita itu menolak untuk melakukan hubungan seks bersamanya dan menganggap dengan melarutkan mayat mangsa akan nampak seolah-olah wanita itu melarikan diri.

Pasangan itu dilaporkan pernah berjumpa beberapa kali selepas mengenali antara satu sama lain melalui Tinder. Menurut rakan mangsa, Francia tidak pernah memperkenalkan Bocanegra dan lelaki itu juga dikatakan sentiasa mengelak untuk bertemu rakan-rakan atau keluarga Francia.

[/sociallocker]

Berhati-hati lah semua kaum wanita. Berikan peringatan kepada adik, kakak atau rakan perempuan anda untuk sentiasa berwaspada.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.