in

Lelaki Kantoi Rakam Gambar dan Video Bawah Kain Perempuan di Mid Valley

Pervert Featured
Lobak Merah
Lobak Merah
Lelaki Kantoi Rakam Gambar dan Video Bawah Kain Perempuan di Mid Valley
Loading
/

Makin lama makin tidak selamat untuk semua wanita di luar sana kerana setiap hari ada sahaja kes rogol, kes cabul atau kes lelaki miang yang merakamkan aksi atau gambar anda.

Baru-baru ini, seorang lelaki miang kantoi dengan mangsa ketika merakamkan video bawah kain gadis itu. Menurut World of Buzz, insiden tersebut berlaku pada 4 Ogos lalu dan mangsa telah menggunakan platform media sosial untuk memuat naik kisah pengalaman yang dilaluinya itu.

Pervert1
sumber: facebook

Meskipun perkongsian itu sudah dipadamkan, namun terdapat Facebook page sempat memuat naik video tersebut. Gadis itu menulis,

“Insiden memalukan ini berlaku di Mid Valley Megamall, Tingkat 2 kira-kira jam 8.10 malam ketika saya berdepan dengan seorang lelaki miang yang cuba merakamkan video bawah kain saya. Dia berkelakuan mencurigakan tetapi saya tidak perasan sehinggalah rakan saya menyedari bahawa dia sedang berdiri sangat rapat dengan saya. Rakan saya kemudian segera mendapatkan suspek dan merampas telefon bimbitnya.”

Pervert2
sumber: facebook

“Saya ambil telefonnya dan nampak dia telah merakamkan banyak video bawah kain saya  dan saya menyedari bahawa saya bukanlah satu-satunya mangsa lelaki itu kerana terdapat banyak lagi gambar dan video di dalam telefonnya. Berhati-hati dengan lelaki ini!”

Perkongsian itu turut mempunyai video yang menunjukkan lelaki itu memakai pakaian pejabat membuatkan netizen memberi komen bahawa kita tidak seharusnya menilai seseorang itu hanya dengan melihat penampilannya. Mangsa turut menasihati wanita lain di luar sana untuk memakai sejenis seluar supaya dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa lelaki miang seperti itu.

Pervert3
sumber: facebook
Pervert4
sumber: facebook

Gadis itu turut merakamkan rakan lelakinya cuba memegang mangsa kerana dia mencuba untuk menutup mukanya sambil memohon maaf di atas perbuatannya itu. Bagaimanapun, mereka tidak mempedulikan kata-katanya dan terus membawanya ke balai polis di Mid Valley Megamall untuk membuat laporan polis. Padan muka!

Sumber: Facebook

Sumber: Facebook

Berhati-hati ketika berada di kawasan terbuka sebegitu. Terutamanya jika anda memakai skirt!

Baca: Dua Pelajar Ditangkap Ketika Sedang Mengambil Gambar Bawah Kain Wanita di Mid Valley

Lady Catches Schoolboys Trying To Snap Upskirt Photos At Mid Valleys Escalator World Of Buzz 5