Bila kita dah terlampau ‘taksub’ dengan sesuatu, sudah pasti kita sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk mencapai apa yang dihajati bukan?
Tapi, sejauh mana pulak korang sanggup lakukan semata-mata nak dapatkan apa yang diidam-idamkan itu?
Seperti seorang lelaki dari Perancis ini yang dikatakan terlampau taksub dengan transformasi dan mutasi tubuh badan manusia sehingga sanggup mengubah dirinya sendiri menjadi seperti ‘makhluk asing’!
Sanggup buang hidung nak jadi alien
Lelaki itu yang dikenali sebagai Anthony Loffredo yang berusia 32 tahun telah menjalani beberapa siri pembedahan untuk mendapatkan rupa ‘makhluk asing’ yang diidam-idamkannya itu.
Dia sanggup menjalani pembedahan untuk membuang hidungnya baru-baru ini untuk mendapatkan rupa tersebut!
Wah, dah macam Lord Voldemort pulak. Macam mana dia nak bernafas eh?
Digelar ‘Alien Hitam’
Bukan setakat itu sahaja, Anthony juga dikatakan telah membelah lidahnya kepada dua bahagian dan mencacah tatu di kedua-dua biji matanya sehinggakan dia diberi gelaran ‘Alien Hitam’!
Tubuhnya juga turut dipenuhi dengan pelbagai jenis tatu dan tindikan untuk memperlihatkan dirinya seakan-akan makhluk asing hidup.
Lapor The Sun, lelaki itu sanggup berkunjung ke Barcelona, Sepanyol semata-mata untuk mendapatkan bantuan pakar pembedahan di sana yang dikenali sebagai Oscar Marquez.
Hal ini demikian kerana, proses pembedahan sebegini tidak dibenarkan untuk dilakukan di negara asalnya.
Pakar pembedahan ‘extreme’ ini telah melakukan prosedur pembedahan yang dikenali sebagai ‘rhinotomy’ dimana wajahnya itu dilubangkan di beberapa bahagian.
Pernah buang telinga, masukkan implan di muka
Ini bukanlah kali pertama lelaki ini menjalani pembedahan yang ‘extreme’ sebegini. Sebelum ini, Anthony juga pernah melakukan pembedahan untuk membuang kedua-dua belah telinganya untuk mendapatkan efek wajah yang berada ‘luar dari bumi’.
Bukan itu sahaja, lelaki ini turut memasukkan implan di bahagian mukanya untuk menampakkan tekstur kulit yang berlekuk dan berbonjol.
Dia kini tampil dengan wajah yang mempunyai bonjolan yang seakan-akan kulit reptilia di atas dahinya dan juga garisan lurus di sepanjang kedua-dua belah tulang pipinya.
Walaupun dia mempunyai wajah yang menarik sebelum menjalani pembedahan ‘terlampau’ itu, namun dia sedikit pun tidak berasa menyesal dengan perubahan yang dibuatnya.
Minat sejak kecil
Pada tahun 2017, Anthony pernah mendedahkan kepada media Perancis bahawa dia mempunyai minat sebegini sejak dari usia yang muda.
Dari usia muda lagi, saya sangat meminati segala perkara berkaitan mutasi dan perubahan tubuh badan manusia.
Tambahnya lagi, dia juga sangat suka merasai pengalaman untuk menjadi karakter-karakter yang seram dan menakutkan.
Pernah dengar istilah ‘cosplayer’? Kan lagi senang dari bahayakan nyawa buat pembedahan macam ni.
Baca: Wanita Ini Sanggup Lakukan 10 Pembedahan Plastik Untuk Jadi ‘Barbie Hidup’