Zaman sekarang, bermacam jenis pembedahan plastik kita boleh lakukan untuk ubah wajah dan penampilan dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki — mengikut citarasa masing-masing.
Walaupun terpaksa menelan kos beribu ringgit, demi nak nampak cantik — semua kesakitan daripada pembedahan itu sanggup ditanggung. Benarlah orang kata, beauty is pain.
Begitulah kisahnya mengenai seorang wanita yang dikenali dengan nama Barbara Luna Sipos dari Budapest ini. Seperti wanita lain yang memiliki keinginan ‘pelik’ untuk kelihatan seperti Barbie, Barbara turut tidak ketinggalan mendapat julukan ‘Barbie Hidup.’
https://www.instagram.com/p/CCHajCxhkXL/?utm_source=ig_embed
Memetik laporan The Sun, wanita ini taksub untuk menjadi ‘patung hidup’ sejak remaja lagi. Dan beliau telah menghabiskan kira-kira £135,000 wang bekas suaminya, bagi mendapatkan imej impiannya itu.
Wow dengan jumlah sebanyak itu di Malaysia, kita dah boleh beli sebuah rumah!
Lebih menakutkan, di sebalik penampilannya itu — beliau terpaksa melakukan 10 pembedahan plastik dan antaranya termasuklah pembedahan untuk membesarkan saiz payudaranya.
Selepas melakukan semua pembedahan itu, Barbara kemudiannya membuat keputusan untuk berhenti kerja kerana mendakwa kecantikan dan imej baharunya itu membuatkan semua lelaki tergila-gilakannya.
https://www.instagram.com/p/B_u0yBXBIEL/
Bukan senang nak maintain imej macam ni, tanpa mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk memastikan wajah kekal cantik kan? Namun semua itu bukan penghalang buat Barbara, dan wanita ini juga tidak bercadang untuk mengurangkan pembedahan.
Malah pada masa akan datang, beliau sudah pun merancang untuk melakukan beberapa perubahan lain pada tubuhnya — demi mencapai imej Barbie impiannya.
Ada yang sanggup nak jadi macam Barbara?
Baca: “Tu dia, bibir ke karipap?” – Sanggup! Demi Nak Jadi Macam Patung Barbie, Gadis Suntik Bibir 21 Kali