in

Lebih 14K Retweets, Terhibur Tengok Student Ni Menggelitat Halau Anjing Tumpang ‘Landing’ Kat Rumah Masa Tidur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang betul-betul rare ni, selalunya tikus, kucing, kadang-kadang lah ular masuk rumah, tapi kali ni anjing liar pula yang masuk, siap tumpang sekaki kat sebelah masa member tengah tidur beramai-ramai kat atas katil yang diaorang dah bentangkan.


Alahai selalunya anjing ni macam mana sekalipun dia takkan masuk rumah, tapi yang ni memang lawak. Masuk bukan sekali, dua kali pula tu, tak pasal-pasal kena sertu berulang kali.

 

Kuat sangat menganjing orang sampai kena sumpah jadi anjing”

Ceritanya begini, pada mulanya Zainul dan rakan-rakan serumahnya tengah tidur beramai-ramai, biasalah zaman-zaman student mesti ada je benda yang terlupa kan?

Pintu gate diaorang ni tak tutup, tiba-tiba salah seorang penghuni rumah ni tersedar dan perasan ada ‘tetamu yang tak diundang’ tumpang sekaki tidur sama betul-betul kat sebelah.

Tak tahu nak buat macam mana agaknya nak halau, tu lah lah masing-masing menggelitat satu badan tu. Nah tengok kat bawah ni, aduii baraiii!!

Menurut pengguna Twitter ni, anjing ni sebenarnya tengah cedera, kepalanya berlubang dan bernanah katanya mungkin bergaduh dengan babi hutan sebab dia ada nampak 5 ekor babi hutan berkeliaran di kawasan perumahan mereka sehari sebelum kejadian.

Kesian tu kesian lah juga tapi nak buat macam mana, kena jaga ‘kebersihan’ kan? Ok sambung cerita, dikatakan anjing ni lepas dah kena halau dia masuk lagi sekali masa penghuni rumah tu pergi pulangkan cangkul.

Last-last si Zainol je lah yang ngendong anjing tu keluar.

Lebih 14,000 netizen yang retweets terhibur melihat telatah mereka, admin kat sini pun tergelak sorang-sorang. 2 kali diaorang sertu rumah tu.

 

Mungkin anjing tu ingat kawan-kawan dia kot – Netizen

 

Kesian pun ada juga tengok aning tu, tapi mujurlah diaorang ni halau cara baik. mungkin dia nak perlindungan kot.

 

Baca : “Komitmen untuk teruskan kerja” – Lawak Tapi Profesionalisme Wartawan TV3 Ini Disondol Lembu Masa Buat Liputan Dipuji

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.