in

“Lately memang barai service dia..” – Pengguna Luah Kecewa Dengan Servis Syarikat Delivery Baru Ini

Delivery Jt Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lagi kisah mengecewakan libatkan syarikat-syarikat penghantaran barang!



Sejak trend membeli barang secara online semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, syarikat-syarikat penghantaran barang selain Poslaju dilihat makin sibuk.

Belum dapat servis terbaik

Kalau sebelum ini pembeli dan penjual mempunyai option Pos Malaysia sahaja, nama-nama seperti Skynet, GDEX, Citylink dan sebagainya semakin dikenali.

Malangnya, pengguna masih belum dapat servis terbaik meskipun semakin banyak syarikat penghantaran baru yang muncul.

Terbaru, seorang Instafamous yang menjalankan perniagaan atas talian menjual barang-barang permainan mendakwa servis penghantaran sebuah syarikat baru yang digunakan telah menyebabkan barang pelanggannya pecah.

Delivery Jt 4
sumber: twitter

Bukan kali pertama guna servis

Dia yang menghantar mug berupa ikon Incredible Hulk ini mendakwa, ini bukan kali pertama dia menggunakan servis syarikat itu.

Tertarik dengan servis terbaik pernah digunakan banyak kali sebelum ini, syarikat berkenan dikatakan memberi jaminan khusus selaku pelanggan VIP.

Delivery Jt 1
sumber: twitter
Delivery Jt 2
sumber: twitter

Aduh, sedihnya kalau jadi customer dia. Sampai-sampai je, barang yang kita order tu pecah berderai macam ni.

“Tak ada jaminan barang akan sampai harini”

Pendedahannya juga turut disokong oleh pengguna Twitter lain. Barang yang dihantar dalam lingkungan kawasan Lembah Klang pun ambil masa seminggu.

Delivery Jt 5
sumber: twitter

Aik serius ke apa dikatakan ni? Biadap dan kerek bila jumpa potential customer? Takkan la kot…

Delivery Jt 6
sumber: twitter

Alamak, takkan yang ini pun tak hantar barang customer sampai ke rumah? Habis tu buat apalah orang bayar caj penghantaran.

“Dah hantar then petang tu dia call ajak borak”

Kes yang ini lagi dahsyat! Dispatcher siap call ajak borak lepas hantar parcel?? Apa miang sangat perangai ni!

Jangan sampai ada orang yang buat report polis sudahlah. Tak pasal-pasal nama company pula yang buruk.

Delivery Jt 8
sumber: twitter
Delivery Jt 7
sumber: twitter

Come on lah, takkan tak ada syarikat yang kita sebagai pembeli dan penjual boleh harapkan?

Siapa yang bermasalah sebenarnya kalau macam ni. Syarikat ke orang yang menghantar?

Baca: “Wira tak didendang” – Netizen Terharu Melihat Abang Posmen Berteduh Bawah Pokok Rendang Melaksanakan Tugas

Posmen8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.