in

“Lari lepas dengar org jerit”- [VIDEO] Viral! Aksi Beruang Comel Cuba ‘Mencuri’ Kereta Mersedes

Untitled Design 1 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beruang sememangnya haiwan liar yang comel, tapi tak tahu pula haiwan ini sebenarnya pandai. Baru-baru ini, viral di media sosial seekor beruang cuba mencuri sebuah kereta Mercedes telah jadi tumpuan netizen.


Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @jacobcurtisbean, dia menunjukkan seekor beruang berjalan laju mendekati keretanya yang diparking di kawasan terbuka pada ketika itu.

Dia bersama rakan-rakannya sempat merakamkan insiden tersebut dari tempat yang tinggi, tak jauh dari kenderaan tersebut.

Dalam video berdurasi 35 saat itu kelihatan beruang tersebut berjalan perlahan-lahan mendekati kereta selepas menyedari tiada sesiapa di kawasan tersebut.

Beruang itu kemudiannya melihat ke dalam kereta dan cuba membuka pintu kenderaan tersebut.

Namun sebaik sahaja pintu kenderaan tersebut berjaya dibuka, Jacob dan rakan-rakannnya terus menjerit sebab nak takutkan haiwan liar tu.

Apa yang kelakarnya, lepas sedar kehadiran mereka beruang tu berdiri dengan kedua belah kakinya sambil buat muka tak bersalah sebelum berlalu pergi.

Comel2

Mungkin dia takut, beruang tersebut terus lari masuk ke hutan. Boleh lah guna teknik ni untuk takutkan haiwan liar, itu pun kalau kita ada geng lah.

Video itu sehingga kini telah mendapat 1.9M tontonan seluruh negara. Difahamkan, rata-rata netizen terhibur melihat aksi spontan beruang ni.

Beruang tu nak tolong park kan kereta

Comel3

Beruang tu nak balik kampung

Comel4

Memang bijak & pandai

Comel5

Comel je beruang ni min tengok, bila part muka innocent dia tu memang kelakar…

 

Baca: “Banyak makan punya pasal” – [VIDEO] Gelakkan Diri Sendiri Bila Dapat Tahu Baju Sekolah Dah Ketat Lepas ‘Lockdown’

Annotation 2020 06 22 102622

Sumber: Tik Tok
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.