in

7-Eleven Perkenal Digital Talent ‘EVEN’, Lancar Video 3D Libatkan 100% Hasil Kerja Anak Tempatan!

Ft 7 Eleven Even

Hari raya baru-baru ni, pastinya ramai yang ‘berterima kasih’ kepada 7-Eleven yang menjadi penyelamat kepada rakyat Malaysia yang mencari air batu di pagi raya dan sebagainya.

Selain dibuka setiap hari dan waktu operasi 24 jam, 7-Eleven cukup dikenali sebagai jenama kedai serbaneka yang memudahkan dan mempunyai pelbagai variasi makanan serta barangan. Setelah hampir 40 tahun bertapak di Malaysia, bolehlah kalau dikatakan 7-Eleven ni ‘milik kita’.

Bagi meraikan situasi tersebut, 7-Eleven Malaysia baru-baru ini ada melancarkan sebuah video muzik 3D yang mana keseluruhan pembuatannya melibatkan 100% anak tempatan dari segi susunan muzik, pengubah lagu, penyanyi dan lain-lain.

Screenshot 2024 04 17 123216

Menggunakan melodi pintu ‘ikonik’ 7-Eleven sebagai mnemonic audio yang juga sering didengari ketika memasuki kedai serbaneka, ia menjadi inspirasi yang digunakan untuk membentuk melodi asas lagu ‘Senang Lenang Dengan 7-Eleven’.

Menariknya tentang lagu ini, ia dilengkapi dengan pelbagai elemen yang dekat di hati pengunjung 7-Eleven, daripada waktu operasi 24 jam, sehinggalah kepelbagaian produk yang ditawarkan seperti roti, nasi, kopi, Slurpee. Aplikasi MY7E juga disebutkan di dalam senikata lagu tersebut.

Screenshot 2024 04 17 123404

Dalam masa yang sama, video 3D juga memperkenalkan talent digital pertama 7-Eleven yang diberi nama EVEN yang mempunyai personaliti unik.

Kalau diikutkan, EVEN ni bersesuaian dengan watak Gen-Z yang ingin dipaparkan iaitu seorang yang suka membantu, murah hati, bijak dan secara tak langsung menggambarkan personaliti pengunjung 7-Eleven Malaysia.

Seperti yang dijangkakan, video 3D tersebut menerima pujian ramai dan diterima baik oleh masyarakat. Sebagai bukti, video tersebut di platform Instagram dilimpahi banyak komen positif dan memuji 7-Eleven kerana mengangkat anak tempatan 100% dalam penghasilan video tersebut.

7 E Comment

Sejak dilancarkan, sehingga kini video tersebut telah mendapat 1.5 juta tontonan!

Korang dah tengok ke belum video ‘Senang Lenang Dengan 7-Eleven Malaysia’? Kalau belum, ni videonya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 7-Eleven Malaysia (@7elevenmalaysia)

Amacam? Style kan!

Sumber: 7-Eleven