in

“Isu dah bertahun” – [VIDEO] Murid Sekolah Nyaris Tersungkur Kendong Beg Berat Naik Tangga, Netizen Minta ‘Solution’

Pagex 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya ramai dah sedia maklum isu murid sekolah rendah yang terpaksa membawa beg berat akibat lambakan buku teks, latihan dan rujukan, ini bukanlah satu perkara yang baru.


Sejak dulu lagi, ramai kanak-kanak bergelut setiap kali sesi persekolahan membawa beg dengan muatan yang tidak bersesuaian dengan saiz badan mereka. Kadang-kadang, kita yang dewasa ni tolong angkat pun rasa beratnya.

Terkini, tular satu rakaman melihatkan seorang murid sekolah bersusah payah mengangkut beg sekolahnya sambil mendaki tangga untuk ke bilik darjah. Lebih menyedihkan, saiz murid perempuan itu masih kecil, menjadikan dia nyaris tersungkur ketika membawa beg berat itu.

Seorang ibu hantarkan aku video ni. Video anak dia sendiri ni, bukan main cedok ikut suka. Ibu dia cakap,"Cikgu tolong…

Posted by Mohd Fadli Salleh on Tuesday, January 18, 2022

 

Perkara itu dikongsi oleh seorang guru bernama Mohd Fadli Salleh di Facebook, di mana ibu kepada murid itu sendiri yang meminta agar video itu ditularkan.

Cikgu tolong share dengan orang atasan hal ni. Share sampai kat Yang Dipertuan Agong pun tak apa. Biar ada tindakan. Kesian anak saya, dah la perempuan, badan kecik lagi.”

Walaupun sudah bertahun lamanya, isu ini masih menimbulkan kerisauan ibu bapa yang risau akan kesihatan anak-anak mereka. Jika berlarutan, anak kecil bakal terdedah kepada risiko mengalami masalah tulang belakang akibat memikul bebanan berterusan setiap hari.

Sehubungan itu, ramai netizen di ruangan komen berkongsi pengalaman yang sama dan meminta agar pihak berkuasa membuat tindakan sewajarnya.

2 Vert

“Buang hak pemilikan buku sekolah!”

Menurutnya cikgu Fadhli selaku pemilik perkongsian itu, cara paling mudah untuk mengelakkan masalah murid sekolah membawa beg berat adalah dengan meninggalkan buku teks di sekolah. Antara inisiatif yang pernah dijalankan termasuklah mencipta ruang loker bagi setiap pelajar.

Namun, cadangan ini didakwa tidak berjaya apabila wujud masalah buku hilang, koyak, rosak dan sebagainya apabila disimpan di dalam locker atau laci meja. Bila timbul masalah ini, ibu bapa pula yang terpaksa ganti buku tersebut.

Oleh itu, mereka mencadangkan agar hak pemilikan buku sekolah dilupuskan, di mana kesemua buku teks adalah milikan pihak sekolah itu sendiri, bukan milik pelajar sekolah.

Macam program tasmik, Al Quran elok je tinggal dalam kelas. Tak ada hilang, tak jadi isu murid kena pikul ke sekolah. 

Bahkan banyak sekolah swasta buat hal serupa. Buku teks milik sekolah dan ditinggalkan dalam kelas. So murid bawa buku latihan sahaja setiap hari.”

Cadangan itu turut disokong oleh bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

3

Dalam perkongsian sama, mereka turut mempertikaikan keputusan pihak sekolah meletakkan kelas murid tahun satu di tingkat 3, menyukarkan mereka untuk menaiki tangga sambil mengendong beg berat.

Semoga tindakan segera dapat dibuat oleh pihak berkuasa. Kesian anak-anak sekecil itu dah kena bawak beg sekolah berat…

Baca: Isu Makanan RMT Hanya Nasi Putih & Kuah Kosong Saja, Menteri Pendidikan Bakal Buat Siasatan

Capture 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.