Ibu bapa adalah role model terbesar anak-anak. Setiap apa yang dilakukan ibu bapa itu akan menjadi ikutan dan teladan anak-anak tak kiralah sama ada perkara baik ataupun buruk.
Walau bagaimanapun kisah yang tular di Twitter baru-baru ini ternyata bakal memberi contoh yang buruk kepada anak-anak, apabila seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah telah dibaling dengan kotak tisu gara-gara tersilap menutup pintu gate sekolah lebih awal daripada kebiasaan.
Yesterday afternoon, a guard at my kids school mistakenly closed the gate earlier than usual. It caused fits of chaos and outrage from parents and drivers…one parent threw a box of tissue at him. It was just his first day, he misunderstood his assignment. This was his response pic.twitter.com/wysyU5lEHR
— JustADaisy (@Violettemintt) February 14, 2022
Kisah yang dipercayai berlaku di negara Arab ini diceritakan oleh salah seorang parents yang berada di tempat kejadian apabila dia terkejut melihat tindakan ibu bapa di sekolah itu yang naik angin sehingga mencampakkan sekotak tisu kepada pengawal keselamatan berkenaan.
Menurutnya, ia merupakan hari pertama pengawal berkenaan bertugas di sekolah itu, jadi dia telah membuat kesalahan kerana keliru dengan arahan yang diberikan.
Saya minta maaf atas apa yang berlaku semalam. Ia merupakan hari pertama saya bekerja. Saya ikut arahan yang salah. Saya bukanlah seperti yang anda sangkakan. #HappyValentines,” tulis pengawal itu sebagai tanda mohon maaf.
“Mereka panggil saya dengan bermacam nama”
Situasi tersebut membuatkan pemilik tweet itu berasa amat marah kerana ibu bapa mahupun pemandu di sekolah itu ternyata tidak mempunyai kesabaran dalam menyelesaikan masalah, yang mana perkara ini mungkin bakal membuatkan pengawal itu hampir kehilangan pekerjaan.
“They abused me and called me bad names, I’m just trying to provide for my family, I’m sorry”
That’s what he said when I asked about what happened, he wants everyone to know that he’s sorry and told us to spread the love, I can’t tell you how much I sobbed in the parking lot— JustADaisy (@Violettemintt) February 14, 2022
“Mereka hina dan panggil saya dengan macam-macam nama. Saya hanya mencari rezeki untuk keluarga. Saya minta maaf,” luah pengawal keselamatan itu.
“Jangan lepas ni tanya kenapa anak-anak biadap”
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon netizen yang mana rata-rata mengecam tindakan ibu bapa di sekolah tersebut.
Kebanyakannya juga mengatakan ibu bapa tersebut telah memberi contoh yang buruk kepada anak-anak mereka yang masih bersekolah.
Walaupun kejadian ni tak berlaku di Malaysia, tapi diharapkan kita semua ambil iktibar. Realitinya ramai yang sering beri layanan buruk kepada mereka yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ni kan?
Baca: CCTV Kesan Guard Pecah Masuk Rumah Siap Buka Baju Buat Tuan Rumah Ini Meremang!