in

Lain Daripada Yang Lain, Tukul Ini Direka Seperti Bentuk Buah Pisang

F1 Tukul Pisang Kuning

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika anda seorang yang suka melakukan sendiri kerja-kerja pemasangan perabot secara DIY sendiri di rumah, memang wajib ada tukul dalam kotak alat atau tool box di rumah kan.

Lupakan rekaan tukul kayu biasa sebab ada sebuah kilang pembuatan di Jepun telah menghasilkan tukul dengan rekaan bentuk seperti buah pisang!


1

Menurut Oddity Central, rekaan tukul pisang itu telah tular kerana bentuknya yang lain daripada yang lain dan telah direka persis seperti pisang sebenar.

Dihasilkan oleh kilang besi Ikeda, Jepun, difahamkan kilang tersebut memang sering kali menghasilkan produk-produk yang unik. Contohnya, sebelum ini mereka pernah menghasilkan topeng muka robot yang diinspirasikan dari watak anime serta replika pelbagai buah dan sayuran seperti brokoli dan nanas.

2

Artikel Berkaitan: “Ingatkan ikan bilis” – Lelaki Kongsi Beli Pisang Goreng Nipis, RM2 Dapat 5 Ketul

Artikel Berkaitan: “Banana tempura pun boleh!”- Kourtney Kardashian Punya Pisang Goreng Fancy Buat Malaysians ‘Triggered’

Lagi menarik, tukul berbentuk pisang itu boleh digunakan untuk mengetuk paku ke dalam kayu atau papan seperti tukul biasa yang lain.

Difahamkan, tukul ini juga boleh berfungsi dengan baik meskipun di dalam persekitaran ekstrem dengan suhu hingga 1,000 darjah Celcius.

So, kalau korang dah bosan guna tukul kayu biasa, boleh try beli tukul pisang pulak. Baru rare sikit kan bila nak bertukang. 

Sumber: Oddity Central

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.