Untungnya jadi anak pereka fesyen!
Baru-baru ini, pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin dan isterinya, Nurida Suraya baru sahaja menimang cahaya mata perempuan yang diberi nama, Rizqaa.
Menerusi Instagram yang baru dibuka buat Rizqaa, Rizman dilihat berkongsi beberapa foto eksklusif anaknya di situ. Salah satu daripadanya menampilkan bayi tersebut yang memakai baju bayi dengan label Rizman Ruzaini (RR) Baby. Fuh!
“Lahir-lahir dah pakai baju brand bapak”
Apa yang admin boleh katakan, Rizqaa ialah seorang bayi yang bertuah sebab lahir je ke dunia ini dah pakai baju buatan ayahnya sendiri tau. Untungnya!
Malah rata-rata netizen dah mula membayangkan pereka fesyen tersebut pasti akan design lebih banyak baju atau dress yang cantik-cantik buat anaknya sendiri. Tak cukup dengan itu, ada yang request Rizman keluarkan clothing line untuk bayi! Wow!
Berikut antara gambar-gambar Rizqaa buat tatapan korang semua.
Alahai comel sangat anaknya! Gerenti cantik macam ibunya bila besar nanti.
Baca: “Comelnya rambut baru Ainul” – Dr. Amalina Kongsi Perkembangan Terkini Adik Ainul Mardhiah