in

“Takde pun orang minta maaf” – Mangsa Hilang Kaki Sebab Elak Langgar Lubang Kongsi Cerita Lepas ‘Kemalangan KJ’

Collage 47

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang semua tahu, baru-baru ini Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin telah terlibat dalam kemalangan selepas terlanggar lubang di atas jalan raya semasa menaiki basikal di Jalan Kampung Sri Cheeding, Banting.


Menerusi ciapan di Twitter, JKR Kuala Langat telah mengeluarkan permohonan maaf serta turut mengatakan tindakan segera akan diambil oleh pihaknya.

Malangnya, KJ bukanlah orang pertama terlibat dalam kemalangan seperti ini, menurut kajian dari universiti tempatan, 11.25% kemalangan jalan raya yang telah meragut nyawa rakyat Malaysia adalah berpunca dari keadaan jalan raya yang teruk. Keseluruhannya, 15.4% mati akibat jalan raya berlubang.

Kaki kiri kena potong lepas cuba elak jalan berlubang

Azizi 672X420 1

Bagi Muhammad Azizi Abdul Manab, kejadian yang menimpa dirinya masih segar dalam ingatan walaupun dah lapan tahun berlalu.

Pada tahun 2012, kaki kiri Azizi telah dipotong dua hari selepas dia dilanggar oleh sebuah kereta gara-gara cuba elak dari melanggar jalan berlubang di Jalan Pantai Dalam di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Ketika kejadian, Azizi sedang menunggang motosikal bersama rakannya. Namun, tak seperti KJ, tak ada orang yang datang memohon maaf mahu pun bantu lelaki ini untuk bina semula hidupnya.

Sebulan lepas kemalangan, barulah pekerja DBKL datang untuk tutup lubang. Sampai sekarang, orang yang terlibat dalam insiden ini tak ada pun yang datang minta maaf kepada saya.”

Pun begitu, Azizi menegaskan yang dia tidak menentang permohonan maaf JKR terhadap KJ, namun kecewa dengan sikap tak peduli yang ditunjukkan kepada rakyat biasa.

Sepatutnya, mereka patut bertanggungjawab dan beri perhatian yang sepatutnya tapi selalunya mangsa macam kami dibiarkan dan tak dibela.”

Namun kemalangan yang menimpa dirinya itu telah mendorong Azizi dan kawan-kawannya untuk cuba menutup lubang-lubang jalan raya di sekitar Kuala Lumpur kerana tak mahu pengguna yang lain menimpa nasib yang sama seperti dirinya.

“Ini adalah tanggungjawab mereka untuk pastikan jalan raya selamat untuk digunakan.”

Nurul Ain 1 672X420 1

Bagi Mohamad Hapis Md Rasol pula, jalan raya berlubang di KM34 Lebuhraya Pasir Gudang, Johor telah membunuh kakaknya Nurul Ain, hanya minggu lepas.

Arwah ketika itu membonceng di atas motosikal bersama rakannya ketika mereka melanggar lubang di jalan tersebut.

Hapis berkata, tak ada orang pun yang datang minta maaf pada keluarganya.

Ianya adil untuk mereka (JKR) minta maaf kerana ini adalah tanggungjawab mereka untuk pastikan jalan raya selamat untuk digunakan.

Bila kemalangan seperti ini berlaku, mereka sepatutnya jadi orang pertama yang minta maaf dan membantu mangsa-mangsa.”

Sumber: FMT

 

Baca: “Janganlah hanya disebabkan saya menteri, baru nak ambil berat” – KJ Bagi Pesanan ‘Pedas’ Buat JKR?

Screenshot 2020 12 29 At 1.27.14 Pm

Sumber: FMT
Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.