Semenjak dua menjak ini, isu yang paling banyak diperkatakan netizen pastilah mengenai perkahwinan pelakon dan pengacara terkenal iaitu Mira Filzah dan pasangannya, Wan Emir Astar yang telah bernikah pada 3 September lepas.
Digelar wedding of the year, antara perkara yang menjadi tumpuan ramai pastinya gaun pengantin yang disarung Mira Filzah oleh pereka fesyen terkenal negara.
Bagi mereka yang tak tahu, salinan pernikahan Mira Filzah direka khas oleh Rizman Ruzaini. Manakala gaun pengantin di resepsi pertamanya pula adalah daripada Fizi Woo. Wahhh dua-dua pun cantik kan!
https://www.instagram.com/p/CErOgYEDXc_/
https://www.instagram.com/p/CEwlD3-hXdo/
Gaun pengantin rekaan Fizi Woo dikritik netizen?
Selain daripada dua majlis di atas, satu lagi resepsi bertemakan majlis di taman telah diadakan di A Park, Puchong. Bagi resepsi kali ini, Mira Filzah telah memakai busana pengantin hasil rekaan Rico Rinaldi yang berwarna biru.
https://www.instagram.com/p/CEx6Tx7ASq_/
Sungguhpun pada mata admin gaun pengantin ini nampak cantik, namun ada pula di kalangan netizen yang memberi teguran bahawa kualiti gaun rekaan Rico tersebut tidak seperti yang digambarkan.
Menerusi perkongsian Rico Rinaldi sendiri di Twitter, beliau menegur komen netizen tersebut yang dilihat agak keterlaluan. Fuh panas!
“Punyalah dia bitter… mesti jeles tak dapat apa yang mira dapat”
Walau bagaimanapun, mujurlah netizen lain memberi Rico semangat dan menasihatkannya supaya tidak mengendahkan kata-kata individu terbabit. Mungkin mereka jeles dan dengki kot tengok Mira pakai baju cantik…
Apa-apapun, admin setuju dengan kata-kata Rico tu. Kalau kita tak ada benda baik nak dicakapkan, eloklah kita diam je. Kutuk lebih-lebih nanti dapat dosa saja kan?