Kumpulan Penari Tarik Perhatian Netizen, Berbaju Melayu Depan Papan Tanda Hollywood

Jadikan sumber pilihan di Google
Kumpulan Penari Tarik Perhatian Netizen, Berbaju Melayu Depan Papan Tanda Hollywood

Umum sedia maklum, baju melayu adalah salah satu pakaian tradisional negara kita. Kita juga akan selalu nampak orang berpakaian tradisional ketika sambutan hari raya ataupun pada hari Jumaat. Tapi kalau nampak orang berbaju melayu diluar negara tu kita mesti akan pelik sikit kan.

Mungkin ini yang terjadi kepada sekumpulan penari yang mengenakan baju melayu dan beraksi dihadapan papan tanda ikonik Hollywood di Amerika Syarikat.


Namun, rata-rata netizen kagum dengan kelainan yang diketengahkan kumpulan penari ini. Iye lah, pakai baju melayu lepas tu menari pulak dekat Hollywood, unik kan. Korang tengok lah video @zeppoyoungsterz di bawah ni.

Juara dunia ni

Difahamkan kumpulan penari ini telah menyertai pertandingan World Body Rock di San Diego, Amerika Syarikat.

Yang menariknya, mereka telah dinobatkan sebagai juara pertandingan tersebut. Mungkin dikesempatan itulah mereka merakam aksi menari di hadapan papan tanda Hollywood sambil berbaju melayu.

Screenshot 2023 07 08 At 12.55.57 PmMin suka betul dengan tengok orang pakai baju melayu. Sedap je mata memandang. Ini pula dekat luar negara kan. Masih kekalkan tradisi kita.

Screenshot 2023 07 08 At 12.56.11 PmKann.. gerakan kumpulan ni pun nampak kemas. Kalau nak suruh min menari memang macam tunggul kayu lah. 

Screenshot 2023 07 08 At 12.56.21 PmTak tahu apa reaction orang tempatan bila tengok kumpulan penari ni pakai baju melayu dan menari dekat sana. Mesti orang tempatan terpinga-pinga kan sebab baju melayu kita cantik-cantik warnanya. 

Screenshot 2023 07 08 At 12.56.42 PmMungkin lepas ni kumpulan penari ni boleh cuba buat tarian zapin pulak ke. Tapi itu lah, mungkin bukan disipilin mereka untuk menari tarian tradisional di pentas dunia. 

Apa-apa pun min ucapkan tahniah kepada The Zeppo Youngsterz yang telah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan World Body Rock. Semoga terus maju!

Baca: “Cepatnya belajar” – [VIDEO] Ramai Kagum Tengok Mat Salleh Menari Tarian Tradisional Melayu

Screenshot 2023 07 08 At 12.59.21 Pm

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Kumpulan Penari Tarik Perhatian Netizen, Berbaju Melayu Depan Papan Tanda Hollywood
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kumpulan-penari-tarik-perhatian-netizen-berbaju-melayu-depan-papan-tanda-hollywood/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen