in

“Cepatnya belajar” – [VIDEO] Ramai Kagum Tengok Mat Salleh Menari Tarian Tradisional Melayu

Mat Salleh Tarian Tradisional Melayu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gelagat seorang mat salleh yang mempersembahkan pelbagai jenis tarian tradisional Melayu telah mencuri perhatian pengguna media sosial.


Video yang berdurasi 30 saat itu memaparkan seorang mat salleh yang dikenali sebagai Ed sedang menari bersama sekumpulan lelaki dengan berbaju Melayu dan bersamping.

Menerusi perkongsian video TikTok itu, Ed menari beberapa jenis tarian tradisional Melayu iaitu zapin, joget dan inang. Dapat dilihat kelincahan Ed menari bersama penari-penari lain.

@edpeople

Malaysia dances ?? w/ @KerolMohtar

♬ original sound – Ed People

Untuk pengetahuan korang, Ed merupakan seorang pereka kandungan yang terkenal dengan mencuba pelbagai jenis tarian di dunia. Pereka kandungan yang berasal dari Belgium ini telah berkolaborasi dengan pelbagai kaum di dunia untuk mempelajari tarian yang belum pernah dia mengenalinya.

“Cepatnya belajar”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berasa kagum dan memuji kecekapan Ed mempelajari gaya tarian daripada tiga jenis tarian tradisional Melayu itu.

Screenshot 2023 06 14 164010

Perkongsian video itu tular sehingga memperoleh lebih 2.3 juta tontonan dan 219,100 tanda suka.

Menerusi video lain, Ed turut berkongsi beberapa tarian tradisional Malaysia lain yang mungkin antara kita jarang melihat dan mendengar tentang tarian tersebut.

@edpeople

Malaysia dances ?? w/ @ADC

♬ original sound – Ed People

Tarian tradisional mana yang korang tahu?

Baca: “Effort memang A+!” – Netizen Terkesima Lihat Hoondoo Nyanyi Ghazal Untuk Rabiah Di Big Stage
Hoondoon Nyanyi Lagu Ghazal Untuk Rabiah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.