in

Kula Tuduh Raja-raja Melayu Pendatang

Pendatang Apa Plak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran didakwa mengeluarkan kenyataan kontroversi yang mengatakan “Melayu adalah pendatang” di Malaysia. Aduhai!


Bagi yang faham Tamil boleh tonton video ni. Kula memang ada sebut perkataan ‘pendatang’.

“Sejarah buku teks kata kita di sini 130 tahun, bila kita datang ke sini. Ia tidak betul. Bilakah kita datang ke sini? 2500 tahun lalu. Manakah bukti itu? Boleh lihat di Lembah Bujang.

“Terdapat pelbagai kuil yang tertanam. Pada sejarah silam tersebut, mereka adalah pendatang, bukan kita pendatang. Kita dan mereka adalah sama,” kata Kula yang diterjemahkan Malaysia Dateline.

Sungguhpun Kula dah mohon maaf, kenyataan ni buat ramai orang Melayu marah sampai ada yang suruh dia letak jawatan. Namun Pengerusi  Biro Sosio-Budaya Majlis Perundingan Melayu (MPM), Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling merasakan Kula bukan saja kena letak jawatan malah perlu disaman sebab lakukan penghasutan, lapor Sinar Harian.

Image 12
sumber: sinar harian

Zainal dakwa Kula Segaran juga tuduh Raja-raja Melayu sebagai pendatang lepas MP Ipoh Barat tu mengatakan orang Melayu pendatang di Malaysia.

“Bila dia tuduh orang Melayu sebagai pendatang di alam Melayu, ia bermakna dia menuduh Raja-raja Melayu sebagai pendatang. Jadi dia perlu disaman kerana tuduh Raja-raja Melayu sebagai pendatang dalam wilayah negaranya sendiri.

“Kenyataan itu merupakan penghasutan dan penderhakaan kepada Raja-raja Melayu,” kata Zainal. Fuh statement panas ni! 

Agong Oath.transformed
gambar hiasan

Tambahnya lagi, walaupun Kula sudah minta maaf namun beliau berpendapat menteri tersebut hanya minta maaf apabila dia rasa bersalah lepas rakyat menghentamnya.

“Kita nak dia faham bahawa orang Melayu ada di benua Cina, benua India, Melayu ada di mana-mana pun. Kalau tuduh Melayu pendatang di alam Melayu walau dari Bugis, Jawa, Filipina, Sumatera berpindah ke Tanah Melayu, itu bukan imigrasi tapi migrasi.

“Perpindahan dalam wilayah sendiri kita (orang Melayu) katakan perantauan. Kita tak gaduh, mana kita pergi pun tak mengapa sebab itu daerah kita. Jadi kita bukan imigran,” ujarnya. Hmm kena banyak baca pasal sejarah ni! 

Collectie Tropenmuseum Poserende Minangkabause Mannen Tmnr 10005045
Kita bukan ‘pendatang’ | gambar hiasan

Zainal jugak menjelaskan Melayu bukanlah imigran macam Cina dan India yang datang dari benua lain ke Wilayah Melayu kerana imigran seperti itulah yang dikatakan sebagai ‘pendatang’.

Sementara tu, Zainal rasa perkataan ‘mereka’ yang digunakan Kula ketika berucap dalam rakaman tu memang merujuk kepada orang Melayu.

“Dia kata tak sebut Melayu tapi sebut mereka. Mereka itu siapa? Mesti ada objeknya. Mana boleh sebut mereka tapi kosong. Memang dia tuju kepada Melayu, siapa lagi.

“MPM sokong desakan supaya dia letak jawatan tapi lebih penting bukan hanya minta maaf tetapi dia perlu dikenakan hukuman sebagai penghasut dan penderhaka kepada Raja-raja kita,” katanya lagi.

Haih macam-macam isu politik… nampaknya kenalah dalami ilmu sejarah ni dengan lebih mendalam. 

Baca: ‘Saya Pilih Jadi Pejuang, Bukan Tali Barut’ 

Ellie 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.