in

‘Saya Pilih Jadi Pejuang, Bukan Tali Barut’

Page Es

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon dan pengarah Ellie Suriaty kini makin rancak dalam memperjuangkan hak rakyat seiring dengan UMNO. Namun, penglibatannya mendapat banyak kecaman daripada orang ramai.


Menurut Sinar Harian, Ellie menegaskan penglibatannya dalam politik dengan menunjukkan sokongan padu kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai pilihannya menjadi pejuang.

Image 11
sumber: sinar harian

Pelakon drama terkenal ini juga berkata di dalam karekter sesebuah filem serta karya-karya, terdapat watak seperti tali barut serta pejuang dan dia memilih untuk menjadi pejuang untuk orang Melayu serta agama Islam.

Dia juga turut menegaskan bahawa perjuangannya adalah demi anak bangsa juga dan percaya ianya penting sebagai tinggalan untuk generasi akan datang terutamanya bangsa Melayu.

Ellie 1 1
sumber: blog

Selain itu, Ellie Suriaty turut mengatakan dia banyak menerima tohmahan di mana orang ramai mengatakan dia memakan dedak dan tidak laku tapi dia memilih untuk tidak menghiraukan kerana baginya perjuangan harus lebih dari apa orang cakap.

“Kenapa saya sokong Datuk Seri Najib sedangkan beliau berhadapan dengan perang persepsi sejak bertahun-tahun lalu. Saya letak tengkuk saya menyokong orang yang ditembak hidup-hidup, namun saya percaya dengan prinsip berani kerana benar.”

Mengulas mengenai penglibatan beliau secara drastik dalam perjuangan politik, Ellie mengaku semasa pemerintahan UMNO (BN), dia tidak banyak terlibat dalam politik dan hanya memfokuskan kepada hasil karyanya je.

Capture 4
sumber: blog

Tetapi, sebaik Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam Pilihan Raya Ke-14, dia terus memikirkan nasib orang Melayu dan apa yang bakal berlaku terhadap orang Melayu di negara sendiri.

“Atas dasar kesedaran nasib Melayu, agama Islam sebagai agama persekutuan, saya masuk UMNO kerana itu adalah parti keramat. Saya kaji parti-parti lain dan kaji sosok pemimpin.”

“Saya pelik orang panggil saya rasis. Ketirisan hak melayu berlaku setiap hari.”

Katanya lagi, dia bersetuju dengan Datuk Seri Najib yang mengatakan apabila UMNO tidak berkuasa, orang-orang Melayu dan agama Islam akan tercabar.

Baca: “Manifesto PH, babi pun boleh terbang!”

Ed

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.