Sejak kebelakangan ini, cuaca tidak menentu. Kadang-kadang panas dan tak kurang juga tiba-tiba hujan lebat sampai air bertakung. Selain kita yang memerlukan tempat berlindung, kucing juga perlu mencari tempat berlindung dari panas dan hujan. Antara tempat yang kucing akan berlindung adalah dibawah kereta.
Cakap pasal kucing berlindung bawah kereta ni, min nak kongsi dengan korang satu video yang menerima kecaman hebat oleh netizen terutamanya pecinta kucing.
Semuanya kerana tindakan seorang wanita yang mengundur kereta semata-mata untuk mengeluarkan kucing yang berlindung dicelah tayar keretanya. Korang boleh tengok video @AsyrafRosli_ kat bawah dan kongsi pandangan korang.
Weh bahayalah, tahulah taknak kena basah😭 pic.twitter.com/X8tYYhF2TG
— AsyrafJr | iPhone Repair (@AsyrafRosli_) March 29, 2023
Kucing tu nampak takut
Ramai yang percaya individu dalam video di atas tak mahu keluarkan kucing hanya sebab tak mahu basah. Min pun tak pasti lah cerita sebenarnya macam mana, tapi min risau je tengok kucing tu. Takut tersilap langkah habis kena lenyek.
Itu yang min fikir juga bila tengok video ni. Kucing tu nampak takut. Ish seram je kalau tersalah step. Nasib baik kucing tu berjaya selamatkan diri walaupun basah-basah.
Kalau tinjau bahagian komen dari video asal, ramai yang kecam dan tak kurang juga menggunakan bahasa yang ‘indah-indah’. Min malas nak share, nanti kurang pahala puasa pulak.
Betul, kalau basah boleh kering. Kalau kucing tu mati kena lenyek dah tak boleh buat apa dah. Sikit je air tu, nyawa kucing yang tak bersalah tu lagi penting tau.
Itu lah kan, last-last kucing tu elok je turun sendiri. Kesian dia, walaupun kita tahu kucing tak suka air, tapi demi selamatkan nyawa sendiri, kucing tu gerak je walaupun takut.
Baca: Ada Yang Geli Tengok Nabila Huda Kongsi Makanan Dengan Kucing, Ini Respon Tuan Badan