in

“Kuat dan terus kuat” – Syukor Khamis Diuji Lagi, Kerbau Tular Menang Gambar Terbaik Pula Mati Akibat Hawar Berdarah

Sedih Syukor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sebelum ini kita dikejutkan dengan berita 41 ekor kerbau milik Muhammad Syukor Khamis, 15, yang terkenal dengan jolokan ‘Mowgli Malaysia’ mati akibat penyakit hawar berdarah, hari Syukor terima satu lagi berita sedih.

Menerusi perkongsian Syukor di Instagram, semalam dia kehilangan seekor lagi kerbau kesayangan yang bernama Tongkol akibat penyakit yang sama. 


https://www.instagram.com/p/CFNH3A8pHeb/

Lebih menyedihkan, kerbau tersebut mempunyai kenangan manis bersamanya apabila gambar Syukor dan Tongkol yang diambil Yusuf Madi tular tak lama dulu telah memenangi gambar terbaik bulanan untuk Ogos yang dianjurkan Asian Geographic.

Menurut Harian Metro, Syukur berkata, dua kerbau kesayangan dan paling banyak berjasa kepadanya mati semalam.

“Semek ditemui mati pagi tadi, Tongkol pula mati kira-kira jam 5 petang.

“Saya sedang memandikan Tongkol sebelum ia tiba-tiba menggelupur dan mati.

“Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya ketika ini. Rasa sangat sedih dengan apa yang berlaku sekarang,” katanya.

 

“Ingatkan Tongkol bertahan tetapi…” 

Kata Syukor lagi, kerbau jantan yang berusia 6 tahun itu alami tanda-tanda penyakit hawar berdarah seperti seperti selsema sejak tengah hari semalam.

“Sejak pagi tadi saya bersama adik-beradik lain berusaha menenangkan Tongkol dengan menyuap minuman dan sentiasa membasahkan badannya dengan harapan Tongkol boleh diselamatkan.

“Ingatkan Tongkol mampu bertahan tetapi sebaliknya apabila mati pada petang ini,” katanya.

https://www.instagram.com/p/CFMYfdMpTNB/

Tambahnya lagi, keistimewaan kerbau itu ialah ia antara ternakan yang mudah untuk diuruskan ketika sesi bergambar.

“Baru saja gambar saya meniarap di atas badan Tongkol dipilih gambar terbaik bulan Ogos seterusnya layak ke pusingan akhir pertandingan itu pada Mac tahun hadapan.

“Bagaimanapun apa boleh buat, sudah ajal Tongkol untuk mati hari ini kerana penyakit itu.

“Sekarang tinggal Baba dan Along yang masih bertahan. Hanya tinggal gambar sebagai kenangan saya bersama Tongkol,” katanya.

Apa-apapun min doakan semoga Syukor bertabahlah dengan dugaan yang menimpa. Pasti ada sinar di sebalik musibah yang menimpa ini. 

Baca: Kes Kerbau Syukor Khamis Mati Mengejut Akibat Hawar Berdarah, Pakar Dedah Punca Wabak Ini Menular

Kerbau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.