in

Kes Kerbau Syukor Khamis Mati Mengejut Akibat Hawar Berdarah, Pakar Dedah Punca Wabak Ini Menular

Cc 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam kita dikejutkan berita kematian 36 ekor kerbau milik Syukor Khamis atau lebih dikenali sebagai ‘Mowgli Malaysia’.


Kematian mengejut itu telah diklasifikasikan berpunca daripada satu penyakit yang dipanggil hawar berdarah.

C2 1 3

 

Menerusi Astro Awani yang memetik laporan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), penyakit Hawar Berdarah (Haemorrhagic Septicaemia) atau HS merupakan penyakit akut pasteurellosis yang disebabkan oleh bakteria Pasteurella multocida Carter’s Type B.

Penyakit HS ini berpunca daripada dua serotip Pasteurella multocida, iaitu serotip B:2 dan E:2. Wabak penyakit di Malaysia adalah disebabkan oleh serotip B:2.

Dilaporkan bahawa penyakit ini boleh dijangkiti oleh lembu dan kerbau. Walau bagaimanapun, kerbau lebih berisiko tinggi dan mudah dijangkiti.

Simptom penyakit

Tanda-tandanya adalah:

  1. Haiwan mengalami kemurungan
  2. Bengkak di kepala, leher dan dada
  3. Mulut dan hidung yang berbuih
  4. Kongesi pada lapisan mucus membrane
  5. Konjuntivitis
  6. Sukar bernafas

 

Daging boleh dimakan tetapi tidak digalakkan – Pakar

Kejadian ini juga telah mendapat perhatian pelbagai pihak temasuk pakar kesihatan. Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu, Dr Mohd Termizi Ghazali memberitahu daging lembu atau kerbau yang dijangkiti penyakit HS ini bole dimakan tetapi tidak digalakkan.

C3 1 2

“Boleh dimakan tapi tidak digalakkan kerana ia boleh menjadi sumber kepada jangkitan lain”

“Sebab itu kena ambil langkah berjaga-jaga semasa sembelih dan membersihkan lembu, contohnya darah tidak boleh bersepah bagi mengelak terkena haiwan lain”

Beliau turut memaklumkan keadaan daging haiwan yang dijangkiti HS ini juga telah berubah dari segi rupa bentuk.

“Biasanya akan wujud bintik-bintik seperti radang pada daging dan organ haiwan yang terkena HS, kalau kita tengok pun memang tidak ada selera nak makan sebenarnya”

Untuk rekod, penyakit HS pertama mula dilaporkan pada 9 Ogos lalu di Kampung Tuman Jerong, Marang, melibatkan kematian mengejut 22 ekor kerbau dan 15 lembu milik 13 penternak.

Akibat berlakunya penularan jangkitan ini di sekitar daerah Terengganu, JPV Terengganu menjalankan operasi memberi vaksin kepada haiwan ternakan bagi mengekang penularan wabak berkenaan kepada 675 ekor lembu dan 58 kerbau milik 106 penternak melibatkan 12 kampung sejak 30 Ogos lalu, lapor Sinar Harian.

 

Baca: Syukor ‘Budak Kerbau’ Sedih, 25 Ekor Kerbau Miliknya Mati Mengejut!

C 3 2

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.