in

Kuasa ARMY! BTS Menang Undian Muncul Di ‘Final’ Euro 2020, Tapi Ramai Yang Bantah?

Cover 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, perlawanan akhir Euro 2020 bakal menemukan pasukan gergasi Itali dan England. Perlawanan yang bakal bermula pada pagi Isnin depan akan berlangsung di Stadium Wembley.


Meskipun perlawanan ini dinantikan oleh peminat bola sepak dari seluruh dunia, ada isu yang terpalit melibatkan lagu persembahan yang dipilih oleh pihak penganjur.

B9727477203Z.1 20210623233800 000Gpnid7Ncl.1 0

Beberapa hari lalu, akaun Twitter Euro 2020 ada membuat undian di Twitter untuk peminat memilih selebriti yang manakah bakal membuat persembahan di perlawanan akhir tersebut.

Dalam undian tersebut, penganjur menamakan 4 pilihan lagu yang bakal dimainkan pada perlawanan akhir. Antaranya adalah Kill My Mind (Louis Tomlinson), Bad Guy (Billie Eilish), Yeah (Usher) dan Butter (BTS).

Hasil undian menunjukkan lagu Butter mendahului lagu-lagu yang lain dengan 46.6 peratus. Untuk rekod, seramai 4,181,025 orang telah mengambil bahagian dalam proses undian ini.

Web1 11319354 D88E1E87Cff14886964Cd19Fbd7D2451

Bagaimanapun, pemilihan lagu Butter telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan peminat bola sepak dunia. Rata-rata daripada mereka beranggapan lagu BTS ini tidak sesuai untuk dipersembahkan di perlawanan akhir Euro 2020.

2

1

Malah, tanda pagar #NoButter telah digunakan oleh peminat bola sepak sebagai tanda bantahan mereka terhadap lagu Butter yang bakal dimainkan di Euro 2020.

E5Lvtxrvgaaslql

Jika dilihat di atas kertas, lagu Butter telah memenangi undian tersebut secara adil. Namun, kesesuaian lagu tersebut untuk dimainkan pada perlawanan akhir Euro 2020 yang menjadi persoalan peminat bola sepak.

Apa pendapat anda tentang isu ini?

BACA: ‘Influencer’ Belanja RM623k Buat Pembedahan Plastik Agar Rupa Macam Jimin BTS

Cover 6

Sumber: sudinfo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.