in

‘Influencer’ Belanja RM623k Buat Pembedahan Plastik Agar Rupa Macam Jimin BTS

Cover 1 E1633224328231

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara terlalu taksub dengan Park Jimin daripada kumpulan BTS, seorang lelaki dari United Kingdom sanggup menghabiskan ratusan ribu untuk membuat pembedahan plastik agar wajahnya kelihatan sama seperti selebriti Korea itu.


Oli London, seorang influencer dari United Kingdom mula popular selepas video perkongsiannya berkenaan pembedahan plastik mendapat perhatian ramai.

2 1

Menerusi video yang dimuat naik, Oli London sering berkongsikan perjalannnya dalam membuat pembedahan plastik. Menurut sumber, lelaki ini sudah pun membelanjakan wang sebanyak RM623,000 untuk melakukan 15 pembedahan plastik.

Oli London turut mendedahkan dia menjalani pembedahan plastik semenjak tahun 2018 lagi, dan kini masih lagi dalam proses untuk mendapat rupa Korea yang sempurna.

Jimin versi United Kingdom ini popular dalam kalangan peminat K-Pop selepas dia menggelar dirinya seorang transracial dan berbangsa Korea hanya kerana dia melakukan pembedahan plastik.

Untuk rekod, transracial ialah individu yang memilih identiti perkauman untuk diri mereka yang berbeza dengan keturunan kelahiran mereka.

Bagaimanapun, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati influencer ini menerima kecaman yang banyak daripada peminat K-Pop gara-gara terlalu taksub dengan Jimin BTS.

 

BACA: “Lama beratur” – Gadis Luah Rasa Kecewa Ayah Guna Cawan BTS Meal Untuk Simpan Cacing

Cover

Sumber: MEAWW

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.