“Kuah tu pekat semacam” – Gadis Syak Penjual Blend Surat Khabar Atau Kotak Untuk Pekatkan Kuah Laksa?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Bagi mereka yang menceburi bisnes makanan, admin rasa bisnes ini antara perniagaan yang paling berisiko tinggi sebab ada banyak cabaran yang perlu seorang peniaga lalui.

Tapi admin paling pantang kalau ada peniaga yang menipu bab makanan. Tambah-tambah pulak membahayakan pelanggan macam blend surat khabar untuk pekatkan kuah laksa! Wuish boleh sebabkan kanser tau tak?? Karbon tu! 

 

“Aku musykil gila isi dia tak hancur dan aku boleh perah. Korang rasa?” 

Menurut satu posting viral di Twitter, netizen ini telah berkongsi pengalaman membeli sebungkus laksa yang dirasakannya agak pelik.

Apa yang pelik? Kata mangsa, laksa tu ada isi-isi yang tak hancur dan lebih musykil, isi tersebut pulak boleh diperah macam kertas. Aduh apa kebenda tu??

Sumber: Twitter

 

“Aku bukan nak tutup periuk nasi peniaga. Aku cuma nak korang berhati-hati dan kalau jumpa macam ni, beringat jela” 

Sungguhpun kita tak tahu sama ada betul kertas atau tidak, mangsa ingatkan kepada semua pembeli supaya hati-hati jelah. Takutlah terkena sebab benda macam ni memang wujud dan ada peniaga lain buat untuk pekatkan kuah laksa mereka.

Sumber: Twitter

 

“Ada peniaga buat kuah laksa letak tisu sebab nak bagi kuah tu pekat” 

Netizen yang membaca tweet ni pun ada reveal yang memang sesetengah penjual gunakan ’tisu’ untuk pekatkan kuah laksa. Tapi ada juga yang macam husnuzon dan anggap isi tersebut mungkin isi sardin yang tak hancur. Emm min pun keliru lah. 

Sumber: Twitter

Apa-apapun korang kat luar sana hati-hatilah kalau makan makanan kat luar ni. Sebelum nak makan tu periksa dulu macam mana keadaan kedai dan check keadaan makanan tu baik atau tak. Jangan main ngap je! 

Baca: Kedai Makan Ni Kantoi Guna Daging Mayat Dalam Hidangan Mee

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!