in

‘Kreatif Tapi Seram!’ – Boleh Ke Makan Kalau Macam Ni? Mufti Kelantan Perjelaskan Hukum Makan Roti Canai Bentuk Ular.

Ulo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Teruja, gerun, dan geli. Itu mungkin perasaan yang bermain pada pelanggan gerai yang menyediakan ‘roti canai ular‘ di Kampung Kubur Kuda, Kota Bharu untuk menikmati menu yang viral sejak seminggu lalu.


Berbentuk ular yang garing selepas digoreng ditambah lagi dengan campuran perisa pilihan membuatkan ‘roti canai ular ni’ tampak menyelerakan bagi sesetengah orang.

Namun perkara ini sedikit sebanyak menimbulkan persoalan bagi sesetengah netizen, adakah kita sebagai orang islam boleh makan makanan yang berbentuk macam tu?

41594290996 Roticanaiular

107902488 284322899656190 8559076669727426936 N

Menurut Harian Metro, hukum makan makanan berbentuk ular itu adalah tidak haram, selagi bahan yang digunakan untuk membuat makanan itu adalah daripada sumber yang halal.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, ini kerana tujuan pembelian itu adalah semata-mata untuk dimakan dan bukan untuk diagungkan.

“Kita semua sedia maklum, bahawa kandungan roti canai itu hanyalah tepung gandum sahaja dan ia datang daripada sumber yang halal. Jadi tidak timbul sekalipun isu haram jika memakan roti canai berbentuk ular.

“Bagaimanapun, hukum memakan ular tetap haram kerana ia mengandungi bisa yang akan memudaratkan manusia namun roti canai ular ini cuma menyerupai bentuk sahaja, bukan kandungannya yang memudaratkan manusia,”

Min teringin nak rasa roti canai ular tu.. tapi boleh request bentuk lain tak? Seram la…

Baca: “Memang berbakat” – Netizen Terpukau Tengok Aksi Tebar Roti Canai Gadis Ini

12

Sumber: Google
Sumber: Google

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.