in

“Kotak kemek saya tak kisah, tapi kenapa sampai macam ni” – Wanita Kecewa Terima Parcel Dari J&T Disarung Seluar Dalam

Seluar Dalam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Belum lagi reda isu syarikat kurier J&T yang dikaitkan dengan video pekerja mencampak barang pelanggan, kali ini muncul pula dakwaan baru daripada pengguna yang sangat kecewa dengan servis kurier tersebut.


Menerusi perkongsian di Facebook, seorang wanita dengan nama Mamaayu Admia Ayunormaslinda memberitahu yang dia telah menerima sebuah parcel baru-baru ini yang dibalut dengan seluar dalam berwarna merah jambu. Erk! 

145057719 431544488086940 6444954991834618367 N

Menurut Utusan Online, wanita berkenaan juga memberitahu barang yang dipesan telah diterima oleh suaminya sekitar jam 7 malam.

Ketika menerima kotak berkenaan ia bukan sahaja kemek tetapi terbuka dan tidak dibungkus serta telah disarungkan dengan seluar dalam tersebut.

Sangat mengecewakn kami sebagai seller dn juga Customer Hari ni barang yang husband order sampai Dengan box…

Posted by Mamaayu Admia Ayunormaslinda on Sunday, February 7, 2021

 

“Pada mulanya suami tidak sedar yang itu adalah seluar dalam sebaliknya menyangkakan ia adalah stokin.

“Dia sempat bertanya kepada pekerja syarikat berkenaan, mengapa kotak pesanan itu dalam keadaan sedemikian namun mereka mendakwa tidak tahu sebaliknya ia memang diterima dalam keadaan itu,” katanya.

 

Netizen tuduh hanya gimik, wanita perjelas hal sebenar

Selepas posting tersebut dimuat naik, ramai di kalangan netizen yang mempersoal kesahihan ceritanya dan mendakwa perkara tersebut hanyalah gimik kerana dia seorang peniaga.

Namun wanita tersebut kembali menjelaskan situasinya dalam posting terbaru dengan mengatakan perkara tersebut benar-benar berlaku dan dia tidak mengambil kesempatan semasa isu syarikat tersebut sedang hangat diperkatakan.

Pada masa yang sama dia juga telah membuat laporan polis berkenaan hal itu dan pihak polis serta J&T sendiri kini sedang menyiasat apa yang sedang berlaku.

“Semalam saya pun telah pergi membuat report polis dan telah berjumpa dengan pihak J&T. Pihak J&T juga telah meminta maaf atas kesilapan dan kecuaian apa yang berlaku.

“Mereka juga telah memberitahu akan membuat kenyataan rasmi atas perkara ini,” katanya.

Assalamualaikum semua, Alhamdulillah banyak yng memberi kata positive terima kasih.??? Ada jugak yang memberi kata…

Posted by Mamaayu Admia Ayunormaslinda on Monday, February 8, 2021

 

Kita tunggu penjelasan daripada J&T pula berkenaan isu ini. Dalam pada itu, harapnya pihak J&T dapat perbaikilah servis mereka kepada pelanggan. Sesiapa pun pasti akan marah kalau dapat parcel macam ni kan?

Baca: “Kurang jelas sistem pengagihan bonus” – J&T Mohon Maaf, Perjelas Punca Kejadian Staf Lempar Barang

Jnt

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.