Apa benda yang masuk segi tiga, keluar bergulung-gulung? Jawapannya seluar dalam!
Bercerita tentang seluar dalam, seorang pekerja gedung pakaian di Vietnam berhadapan dengan situasi lucu apabila dia menemui seluar dalam pada sepasang seluar jeans yang dicuba oleh pelanggan.
Insiden ini tular di media sosial negara tersebut selepas pekerja itu berkongsikan gambar selaur jeans bersama seluar dalam untuk mencari pemilik sebenarnya.
Pihak gudang sedang mencari pelanggan wanita yang dipercayai tidak sengaja meninggalkan seluar dalam selepas mencuba jeans di kedai itu.
Seperti butik yang lain, seluar berkenaan ditemui dalam longgokan pakaian yang telah dicuba pelanggan untuk dilipat dan diletakkan semula di ruangan pameran. Pihak gudang menyifatkan penemuian ini sebagai sesuatu yang tidak terjangkau dek akal.
“Kamu pasti tergesa-gesa. Jangan terkejut dan jangan fikir kami sengaja mencuri seluar dalam kamu. Kami belum menjual satu barang pun tapi sudah memperoleh untung,” ujar kakitangan kedai itu dalam hantaran di media sosial.
Perkongsian tersebut ternyata mendapat perhatian ramai warganet yang bingung bagaimana seseorang boleh terlupa untuk memakai seluar dalam semula. Perkara tersebut juga menjadi jenaka di media sosial.
“Tergesa-gesa sangat ke anda sampai terlupa atau mungkin lebih baik untuk tidak memakainya kerana panas?” sindir seorang netizen.
Seorang lagi warganet mempersoalkan bagaimana wanita itu boleh tidak perasan dia terlupa untuk memakai semula seluar dalam selepas mencuba seluar jeans tersebut.
“Adakah anda perlu membuangnya selepas mencuba seluar? Tetapi siapa yang akan menjualnya? Dan yang lebih penting, siapa yang berani membelinya?”, tulis individu tersebut.
Macam-macam hal!
Kredit: Harian Metro
BACA: “Pelik-pelik je” – Lelaki Diusir Keluar Pesawat Lepas Pakai Seluar Dalam Jadi Pelitup Muka