Hujung minggu lalu, satu video viral di media sosial memperlihatkan beberapa orang staff melempar parcel di dalam satu gudang, dalam gudang itu dilihat ada banyak barang bertimbun.
Khabar angin mengatakan bahawa pekerja-pekerja tersebut mogok kerana bayaran gaji telah dipotong.
Kurang jelas sistem pengagihan bonus di kalangan pegawai jabatan, hasut pekerja buat gangguan sampai tular video
Nak mengadu pergi lah pejabat buruh, jangan lah campak barang customers 😢😢 pic.twitter.com/rOEW1krG3H
— imran (@imrannzri) February 6, 2021
Berikutan dengan penularan video itu pihak J&T Express tampil memberikan keterangan menerusi Facebook rasmi mereka malam tadi.
Menerusi surat terbuka itu, pihak J&T menjelaskan bahawa tindakan itu berlaku akibat salah faham dan kurang jelas terhadap sistem pengagihan bonus sehingga menyebabkan pengagihan bungkusan secara ganas.
“Bonus penuh dibayar kepada pekerja yang telah bekerja selama satu tahun dan bonus dibayar mengikut tempoh masa pekerja yanbg bekerja kurang dari satu tahun. Oleh kerana kurang jelas sistem pengagihan bonus di kalangan pegawai jabatan, ia menyebabkan pengagihan secara ganas pada 4 Februari dan menghasut pekerja untuk membuat gangguan bersama.”
Katanya J&T lagi, mereka komited untuk membangunkan sistem pampasan dan faedah lengkap untuk meningkatkan faedah pekerja.
Jadi, mereka memberikan bayaran pekerja akhir tahun setelah pertimbangkan komprehensif, bersesusaian dengan peraturan dan undang-undang bonus serta undang-undang perburuhan Malaysia.
Mohon maaf barang rosak – Syarikat J&T
Dalam masa yang sama ramai netizen mendakwa mereka menerima barang rosak setelah sampai ke tangan mereka. Oleh itu, J&T akui bahawa ia merupakan kesilapan dalam pengurusannya.
“Ini merupakan kesalahan kami. Kami telah merumuskan peraturan dan kaedah pengurusan khususnya untuk penyelesaian dan pengawasan insiden serupa, serta menyelesaikan bungkusan yang hilang dengan cepat.”
Tambahnya lagi, mereka akan menambah baik sistem pengurusan mereka supaya dapat meningkatkan lagi kualiti pekerja.
“Kami sekali lagi memohon maaf atas kekurangan dalam pengurusan yang telah menyebabkan rasa tidak puas hati dan kerugian daripada pelanggan kami. Kami akan memikul semua tanggungjawab yang harus kami pikul dengan cepat untuk meningkatkan pengurusan dan perkhidmatan kami.”
Permohonan maaf oleh pekerja J&T
Sementara itu, tujuh pekerja Syarikat kurier J&T Express (J&T) Perak, tampil memohon maaf berhubung insiden membaling barang pelanggan yang tular di media sosial.
Katanya menerusi satu video di Faceboo J&T Express Malaysia – Perak tiada sebarang isu dalaman atau pemotongan gaji serta tiada tindakan mogok.
https://www.facebook.com/jtexpressprk/posts/3048378985264510
Sementara itu, mereka juga memohon maaf kerana menjejaskan nama syarikat dan barang pelanggan mereka.