in

“Semakin kuat getaran badan saya” – Detik-detik Cemas Hampir Dipukau Oleh Wanita Ini

Memukau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau nampak orang pelik-pelik kat luar sana tu dan dah terbit rasa tak puas hati bila korang memandangnya, hati-hatilah takut ada benda yang tak elok bakal berlaku. Firasat manusia tak pernah menipu!


Baru-baru ni, seorang wanita dari Beaufort, Sabah hampir-hampir terkena ilmu pukau oleh seorang wanita yang tak dikenalinya dekat kedai makan. Ini apa yang dikongsikannya di Facebook.

42298125 2056526264378374 1285813694030151680 N
sumber: facebook

 

“Dalam hati sudah terdetik yang wajah perempuan tu macam seorang penipu…” 

Semuanya bermula apabila wanita bernama Anita ni keluar makan bersama rakannya di sebuah restoran di Beaufort. Masa tengah makan tu, tiba-tiba mereka didatangi seorang perempuan yang amat mencurigakan. Tengok je muka perempuan tu, hati Anita tetiba rasa tak sedap.

“Dalam hati sudah terdetik yang wajah perempuan tu macam seorang penipu. Betul. Tapi saya positifkan minda saya. Kawan saya tanya kenapa sama perempuan tu, terus perempuan tu kata mau minta tolong duit tambang RM20. 

“Terus dengan senang hati saya ajak perempuan tu makan dan order makanan dulu. Tapi perempuan tu malu-malu kucing menolak pelawaan saya,” katanya.

45155991 2111946295503037 4316846340442161152 N
sumber: facebook

 

Jantung tiba-tiba berdetak kuat, terasa sampai ke dada dan perut getarannya

Namun niat baiknya tiba-tiba berubah jadi menyeramkan apabila Anita terasa jantungnya berdebar yang amat sangat sampai getaran tu terasa kat bahagian dada dan perut. Dia juga rasa macam nak lumpuh pada masa tu!

“Semakin kuat getaran badan saya tu, semakin kuat saya berdoa dalam hati. Tapi badan kami ketika tu macam mahu lemas sudah. Begitulah saya rasa saat tu,” ceritanya lagi.

 

“Hati-hati kak, pandai memukau”

Namun nasib baiklah penderitaan Anita disedari seorang waitress yang senyap-senyap beri nota kepada kawannya semasa menghantar makanan. Ia menulis seperti gambar di bawah.

45122120 2111946098836390 8891561666932637696 N
sumber: facebook

Pada masa itu, Anita masih belum tahu yang dirinya sedang dipukau dan dia bersabar sehingga hilang selera nak makan soto ayam di kedai tu. Aduhai kesiannya. Tak lama lepas tu sahabatnya menunjukkan nota tersebut dan mereka cepat-cepat suruh waitress tadi bungkus makanan dan ‘blah’ dari situ.

45163676 2111946198836380 3388378585478725632 N
sumber: facebook
45196952 2111946378836362 4070811260604645376 N
sumber: facebook

Rupa-rupanya bukan Anita je yang rasa tak sedap hati, kawannya pun rasa benda yang sama!

“Jadi kita semua hati-hati dengan perempuan ni.. Dia kecil-kecil muka pucat lesi.. Dia berhabis merenung kawan saya tau.

“Konon mau balik penampang alasannya.. Sudahlah bau semacam. Mungkin dia kasi baca-baca kali pukau tu dia mahu pukau kami tapi tak berjaya. Kuasa kegelapan dia dipatahkan oleh Tuhan yang Maha Kuasa,” katanya lagi.

Hati-hatilah bagi mereka yang makan di kawasan terbabit. Ilmu pukau ni boleh buat korang pokai kalau habis duit ATM korang keluarkan bagi kat si penjenayah tu. Haih macam-macam!

Baca: Saya bagai dipukau” – Gadis Trauma Hampir Dicabul Orang Minyak Dalam Rumah Sendiri

Pukau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.